BAB 1
Raja Iskandar
Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi
tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja Iskandar Zul-Karnain
berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat
seorang anak bernama Raja Aristun Syah.
Raja Suran, iaitu
keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda
ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke
Gangga Negara dalam perjalanannya ke China dan telah berjaya menewaskan Raja Gangga
Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja
Suran sampai di negeri Langgiu dan baginda telah menewaskan Raja Chulan. Raja
Suran kemudiannya mengahwini pula Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran
berada di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar
orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan
sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin
dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan
tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja
Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.
BAB 2
Anak-anak Raja Suran
yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama, dan
Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia dengan menaiki lembu putih.
Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan
menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi
perak, dan batangnya menjadi suasa. Daripada peristiwa itu, telah terjadi
perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran. Lembu
putih yang dinaiki oleh anak-anak Raja Suran telah memuntahkan buih lalu
keluarlah seorang lelaki yang diberi nama Batala.
Nila Pahlawan menjadi
raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura
manakala Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama atau Seri
Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi ayahnya Demang
Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai
untuk menjaga perhubungan di antara raja dengan rakyat. Maka Seri Teri Buana
dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa isterinya itu
tidak kedal (penyakit gatal-gatal).
Seri Teri Buana keluar
mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak
angkat. Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar
Bintan dan Seri: Teri Buana terlihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke
tempat itu. Walau bagaimanapun, kenaikan(bahtera) Seri Teri Buana dipukul ribut
dalam perjalanan ke Temasek dan ribut itu reda setelah baginda meletakkan
mahkotanya di air. Setelah itu, Seri Teri Buana telah membuka negeri di Temasek
dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan
sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.
BAB 3
Seri Teri Buana
menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila
Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Setelah Seri Teri Buana
mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.
Paduka Seri Pikrama Wira pula melantik beberapa jawatan penting seperti
Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.
Dalam pada itu, Betara
Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping
tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan
bergulung seperti subang". Setelah utusan itu tiba, Paduka Seri Pikrama
Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepala
seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit. Hal ini mengakibatkan
terjadinya peperangan di antara Singapura dan Majapahit tetapi Singapura tidak
kalah. Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira menyebabkan Raja Muda dilantik
menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.
Antara lainnya, Badang
telah menahan lukah tetapi ikannya dimakan oleh hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu
itu telah meminta Badang untuk melepaskannya dan segala permintaan Badang akan
ditunaikan. Oleh hal yang demikian, Badang telah meminta kekuatan dan tetapi
Badang perlu memakan muntah hantu itu. Badang telah menjadi kuat dan dapat
menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.
Badang turut berjaya mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija
Niakra dan hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak
tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu
terjadi permusuhan pada kemudian hari.
Setelah Seri Rakna
Wikrama mangkat, takhta baginda digantikan oleh anak baginda dengan gelaran
Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan
lukah dan berasa hairan kerana selalu mendapat cacing gelang-gelang. Apabila
direbus, cacing gelang-gelang tersebut bertukar menjadi emas. Merah Caga ingin
membunuh Merah Silu dan Merah Silu telah melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah
Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan
semut besar yang dilihatnya. Merah Silu telah bermimpi bahawa Rasulullah s.a.w.
menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan
oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra.
Fakir Muhammad telah
mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak serta
berjumpa Merah Silu di pantai lalu mengislamkan beliau dan menukarkan namanya
kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh telah dikurniakan dua
orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur. Sultan
Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai dan Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi
Mangkubuminya.
Ketika Sultan
Maliku's-Salleh gering, baginda telah mewasiatkan kepada anak-anak baginda
supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Dalam
pada itu, Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi
Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang
gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja
Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali Ghiathu'd-Din
bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din
turut berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Oleh
itu, beliau telah memberikan hadiah yang bernilai kepada raja Syahru'n-Nuwi
sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh
Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan lalu Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja
Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Setelah itu Raja
Pasai dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan
Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.
Sultan Maliku'l-Mansur
telah mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra.
Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha
untuk menangkapnya. Oleh hal yang demikian, Sultan Maliku't-Tahir yang
menggunakan tipu muslihat dan berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur manakala
Sidi Asma Yaumi'd-Din telah dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut
manakala Sultan' Maliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung. Sultan
Maliku'l-Mansur telah terjumpa kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta
badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian
dikebumikan di Padang Maya.
Kemudian, Sultan
Maliku't-Tahir telah menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda
amat menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri. Sultan Maliku'l-Mansur
mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.
BAB 4
Tuan Jana Khatib dari
Pasai berkunjung ke Singapura. Apabila beliau lalu berhampiran istana raja,
beliau telah menilik batang pinang sehingga terbelah dua. Oleh itu, Paduka Seri
Maharaja murka akan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja
menunjukkan kepandaian serta ilmunya itu di hadapan isteri baginda lalu Tuan
Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Langkawi.
Oleh hal yang demikian,
ikan todak telah menyerang Singapura dan ramai rakyat terkorban. Seorang budak
lelaki telah mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan
todak dan gagasannya menghasilkan kejayaan. Walau bagaimanapun, budak itu
dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.
Antara lainnya, anak
Sang Rajuna Tapa telah difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum
sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa berasa marah
akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan
beliau sedia membantu Majapahit. Peperangan berlaku dan Singapura dapat
dikalahkan oleh Majapahit lalu Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar,
manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri telah bertukar menjadi batu.
Kemudian Raja Iskandar
Syah berjaya menemui beberapa tempat seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk. Raja
Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan suatu peristiwa iaitu seekor pelanduk
putih telah menendang anjing perburuannya.
Peristiwa itu dilihat baginda sewaktu berehat di bawah pokok Melaka.
Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Raja
Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya
digantikan pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden Tengah.
Kedatangan Syed Abdul Aziz ke Melaka telah mengislamkan penduduk Melaka.
Sultan Muhammad Syah
telah menetapkan satu adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat.
Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya
dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka. Dalam pada itu, Mani Purindan telah
ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari lalu
dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad
Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan dikurniakan seorang anak iaitu Raja
Kassim. Kemudian Sultan Muhammad Syah turut berkahwin dengan anak raja Rekan,
serta dikurniakan seorang anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan
Muhammad Syah, Raja Ibrahim diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu
Syahid sementara Raja Kassim diusir daripada istana.
Raja Kassim kemudian
menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk
merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan
dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim telah ditabal menjadi raja dengan
gelaran Sultan Muzaffar Syah dan Bendahara Seri Wak Raja telah membunuh diri
setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Oleh yang demikian,
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara, manakala Tun Perak iaitu
anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.
BAB 5
Sultan Muzaffar Syah telah mengumpulkan rakyat
menghadapi serangan Siam. Tun Perak turut membawa angkatan dari Kelang bersama
anak isteri mereka sekali. Manakala Awi Cakri pula telah menyerang Melaka
tetapi beliau tidak dapat menewaskan Melaka. Setelah itu, Tun Perak mula
mendapat kedudukan di Melaka sehingga dilantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak
kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan hal ini
membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Muzaffar Syah
menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini
bertujuan untuk mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran
Bendahara Paduka Raja manakala Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang
jawatan Penghulu Bendahari.
Siam telah menyerang
Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak kemudian
meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai menyebabkan Awi
Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam manakal Tuan Saidi Arab telah
memanah Cau Panden dari Melaka dan Cau
Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat
dan takhtanya digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang
InderaPura.
Raja Indera Pura,
iaitu Maharaja Dewa Sura telah ditangkap dan puteri baginda iaitu Onang Sari
dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah. Setelah itu, Sultan
Mansur Syah berkeinginan untuk bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera
serta Tun Telanai dititahkan ke Siam.
Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya
sehingga mengagumkan raja Siam manakala Tun Telanai dan Menteri Jana Putera
juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang
musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
BAB 6
Seorang penyadap telah
menjumpai seorang budak yang hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya. Patih Aria
Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami agar
dapat menjadi Betara Majapahit. Dalam pada itu, penyadap turut membayangkan bahawa Ki Mas Jaya akan
menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria
Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, maka
Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.
Oleh hal itu,
penyadap mula menagih janjinya dengan
Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap
sebagai Patih Aria Gajah Mada dan satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih
Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh
Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi
Kesuma. Rombongan Melaka telah sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan
kepandaiannya. Tun Bija Sura turut dapat
menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu
rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka.
Akhirnya, Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera
Kirana.
Antara lain, kuda
Sultan telah jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang
Tuah turut difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan
Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh.
Walau bagaimanapun, Seri Nara Diraja telah menyembunyikan Hang Tuah di sebuah
dusun.
Dalam pada itu,
orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah
raja China setelah makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat.
Puteri Hang Liu pula telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur
Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda
kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan
dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah
China. Di samping itu, Raja China telah mendapat sakit kedal dan setelah
disembah oleh Sultan Mansur Syah maka ubatnya ialah air basuh kaki Sultan
Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan
membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.
BAB 7
Hang Jebat mengamuk di
istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan Mansur
Syah terkenang akan Hang Tuah kerana tidak ada sesiapa yang berjaya serta mampu
menewaskan Hang Jebat. Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja menjelaskan
kepada raja bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah
bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hasil
kejayaan itu, Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah
telah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak
harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar
membuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat. Seri Nara
Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja untuk menjaga
anak-anaknya dan Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun
ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghulu
Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.
Dalam pada itu, Melaka
kemudian menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja
manakala Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. Seterusnya,
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh
oleh Akhtiar Muluk manakala Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara berjaya
ditawan. Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi
dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan
Ibrahim.
Raja Muhammad telah
membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang
disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah
Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara. Oleh
sebab itu, maka Sultan Mansur Syah telah merajakan Raja Muhammad di Pahang
memandangkan tiada yang menyembah Raja
Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati
kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko
menyuruh Semerluki untuk merompak dan mencari perempuan di Ujung Tanah.
Semerluki telah merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah
lalu menyuruh laksamana menghalang Semerluki. Maka orang-orang Melaka berperang
dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka terbunuh. Walau bagaimanapun,
laksamana berjaya menewaskan Semerluki.
Dalam pada itu,
Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan
ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar sebelum itu kitab itu dirujuk
dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah turut menyuruh Tun Bija Wangsa
ke Pasai bagi merujuk masalah agama serta masalah itu diselesaikan oleh Makhdum
Mua.
BAB 8
Suatu hari, Raja Cempa
menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang.
Setelah Raja Cempa mangkat, Pau Gelang telah dilantik sebagai raja Cempa. Cucu
Pau Gelang pula berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak
raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah. Pau Kubah telah tewas berperang dengan
raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka.
Sultan Zainal Abidin
dari Pasai telah melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhtanya.
Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin
berjaya menaiki takhta semula. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin enggan
menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja lalu pulang ke Melaka
dengan rasa kecewa. Dalam pada itu, laksamana telah mengajak Bendahara
merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur Syah murka akan Bendahara
tambahan lagi Laksamana mula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Hal
ini berbeza kerana Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila
Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi
berjumpa Bendahara untuk memohon maaf.
Raden Kelang dibunuh
oleh orang mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat
kepada anakanda baginda sebelum mangkat.
Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan
gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah, Melaka telah diancam oleh pencuri sehingga baginda bertindak
menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri tersebut. Temenggung Seri
Maharaja turut bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau
disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah melaksanakan undang-undang terhadap
pencuri. Kesalahan mencuri akan dikudungkan tangan manakala di simpang empat di
tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang
dijumpai.
Raja Pahlawan dari
Haru telah mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut
'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Oleh hal itu, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah
menitahkan pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru. Pertempuran hebat
telah berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau bagaimanapun,
telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
Antara lain, Raja
Maluku dan Telanai Terengganu telah datang ke Melaka. Selepas Telanai
Terengganu pulang, Sultan Muhammad iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja
membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah telah mendapat tahu berkaitan perkara itu lalu
menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad
membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga
ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din
Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk
menyelesaikan masalah itu dan Laksamana Hang Tuah ke Pahang serta menyuruh orangnya
membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya tentang
pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan
mengatakan Telanai Terengganu telah berlaku biadap.
BAB 9
Tun Jana Pakibul telah
membunuh orang di Siak atas arahan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke
Melaka lalu Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca
Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan Alaud'Din Riayat Syah jatuh gering dan
baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan
menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan
Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan Mahmud gering
dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh,
Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak
menggunakannya. Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan beliau
memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau
menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah.
Apabila Bendahara Paduka Raja meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh
Bendahara Tun Perpatih Putih.
Suatu hari, Sultan
Mahmud Syah telah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir
dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan Mahmud
Syah turut mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di
sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Disebabkan hal
itu, Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun
Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
Seri Bija Diraja
dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud
turut menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala Seri Maharaja menyerang
Kelantan dan kedua-dua serangan itu berhasil memperoleh kejayaan.
BAB 10
Bendahara Putih mati
dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan
Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Manakala kedatangan Patih Adam
dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin
berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji
daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun
Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.
Setelah kemangkatan
permaisurinya, Sultan Mahmud telah menitahkan agar dipinangkan Puteri Gunung
Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia berangkat ke Gunung Ledang. Tun
Mamad telah berjumpa dengan Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya
ke Gunung Ledang itu lalu seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila
diberitahu kepada Sultan Mahmud, maka Sultan Mahmud membatalkan niat baginda
meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda
baginda.
Orang-orang Melaka
pula telah menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka
ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Dalam pada itu, Hang Nadim telah diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah.
Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang Nadim kemudian
pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap
disumpah oleh seorang wali. Oleh hal itu, Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim
kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda.
Hang Tuah meninggal
dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.
BAB 11
Sultan Abdul Jamal
menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda
baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan
Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri
Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun
Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.
Hang Nadim ditiahkan
ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah
berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut
berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang
Melaka dengan gajah Ai Kening. Walau bagaimanapun, Laksamana Khoja Hassan ke
Pahang serta melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan
dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut.
Sultan Abdul Jamal
begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda,
Sultan Mansur Syah. Oleh hal itu, Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud
mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di
Melaka. Maka Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini
disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah
Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi
ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh
keluar rumah.
BAB 12
Raja Legor ingin
menyerang Pahang atas arahan raja Siam. Oleh hal yang demikian, maka Bendahara
Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka
telah menyiapkan kubu pertahanan di Pahang.
Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang walau bagaiamanapun,
Pahang tidak dapat ditewaskan.
Antara lain, Tun
Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara
dan Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah
di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di
sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat
di Melaka. Maka Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat. Dalam
pada itu, kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan
orang-orang Melaka. Peringgi telah menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo
Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.
Suatu hari, Maulana
Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai
Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan
memarahi beliau yang susah untuk
menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Selain itu, Sultan Mahmud turut
menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan
masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.
BAB 13
Bendahara Seri
Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh
menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud
terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika
dibandingkan dengan Sultan Mahmud. Oleh yang deemikian, maka Bendahara
mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Hal ini mengakibatkan Sultan Mahmud berdendam
dengan Bendahara setelah baginda dapat melihat kecantikan Tun Fatimah.
Ali Manu Nayan ingin
memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.
Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada
saudagar-saudagar kaya di Melaka. Oleh sebab itu, Nina Sura Dewana dan Raja
Mendaliar bertelagah serta meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh
pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang. Nina Sura Dewana telah memberi
hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.
Si Kitul dengan pantas
memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada
Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Oleh itu, maka Raja
Mendeliar turut memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu
bahawa Bendahara Seri Maharaja ingin menderhaka lalu Laksamana Khoja Hassan
memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara
kerana selama ini baginda memang telah berdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah.
Bendahara Seri
Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh
Sultan Mahmud manakala Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah
tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah beliau sanggup
menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud. Akhirnya, Sultan
Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan
Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.
BAB 14
Peringgi mula
amenyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali
pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang Melaka telah membaca Hikayat
Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana mereka tahu bahawa Peringgi
akan menyerang lagi. Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan
orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan
Sultan Mahmud akhirnya melarikan diri hingga ke Pahang.
Sultan Ahmad dibunuh
atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan
digantikan oleh Raja Muzaffar. Dalam pada itu, Tun Fatimah melahirkan seorang
anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.
Kemudian, Peringgi
menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.
BAB 15
Sultan Alaud'-Din
Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan
baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang serta berkahwin dengan Raja Kesuma
Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah telah membuka
sebuah negeri di Kuala Johor. Manakala Raja Omar iaitu cucu Sultan Mansur Syah
di Pahang berkahwin telah dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat
Syah.
Sultan Muzzafar Syah
menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah
negeri bernama Seluyut. Raja Omar telah menceraikan isteri pertamanya setelah
Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin
dengan bonda Raja Mansur. Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar, baginda
digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan
Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah
membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.
Sultan Ala Jalla Abdul
Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan
pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.