SELAMAT DATANG


counter

Monday, 14 April 2014

Siapa itu Pengarang ?

Dalam penghasilan sesebuah karya manuskrip, unsur yang paling penting dan harus dititikberatkan ialah pengarang. Pengarang tidak mungkin terhapus daripada karyanya, malah pengarang masih terus bergiat sama ada  secara langsung atau tidak langsung dalam memperbaharui karya- karya mereka. Oleh itu, pengarang tetap hadir secara dasar selagi teks itu masih wujud dan masih dibaca.


Di Malaysia, kita baru sahaja memasuki satu minat untuk membaca teks dan juga sedikit mengerling kepada apa yang dikenali sebagai sahibul hikayat dan yang empunya cerita. Walaupun kita tidak seberapa mengenali mereka namun mereka jelas merupakan manusia-manusia penting yang menyumbangkan kepada mutu kehidupan sesebuah masyarakat.

ISTILAH UNTUK PENGARANG

Terdapat beberapa panggilan yang digunakan bagi menggambarkan pengarang antaranya ialah:
i.          orang dahulu kala
ii.         yang empunya cerita
iii.        sahibul hikayat
iv.        dalang
v.         tok selampit
vi.        penglipur lara dan sebagainya.

Pengarang ini bukanlah pengarang asal tetapi pengolah atau penulis kembali. Orang dari zaman dahulu sebenarnya tidak disebut sebagai pengarang tetapi sebagai tukang cerita. Namun begitu, kita nanti akan memperlihatkan bahawa dalam budaya melayu pencerita juga banyak terlibat dalam kerja-kerja mengarang itu sendiri serta kita juga akan cuba memperjelas suatu variasi proses kerja mengarang dan rantaian hubungan kepengarangan.

Oleh itu, orang dahulu kala boleh merujuk kepada pengarang asal yang mencipta karya itu, atau menceritakan kembali cerita yang didengarnya dengan adanya tokok tambah yang sudah biasa dalam budaya sastera melayu.

            Suatu lagi kelompok istilah yang berhubungan dengan kepengarangan ialah kata-kata yang pada bahagian besarnya memerikan kerja yang dijalankan oleh pemegang nama itu. Sering juga awalan tukang diletakkan sebagai pemeri untuk kerja-kerja yang dilaksanakannya.


Perkataan tukang di sini membawa maksud yang lebih umum iaitu ahli atau orang yang berpengetahuan dalam sesuatu bidang termasuklah bidang kesenian. Oleh itu, tukang cerita sebenarnya bukanlah seorang pencipta auat pengarang cerita tetapi ahli dalam kesenian persembahan cerita. Namun begitu, di sini saya ingin menyenaraikan beberapa deretan istilah untuk tukang kesenian seperti:
i.          tukang kaba
ii.         tukang syair
iii.        tok selampit
vi.        penglipur lara 

Kata lain yang ada kaitannya dengan bidang kepengarangan ialah dipindahkan. Dalam beberapa buah karya, sekali lagi yang berasalkan teks Jawa, kita diawal lagi dimaklumkan sekurang-kurang bahasa sumber karya yang sedang diperkenalkan itu, walaupun hampir tidak disebutkan karya sumbernya. Oleh itu, dalam kutipan dari Hikayat Maharaja Boma kita dapat melihat bahawa yang disebutkan hanyalah bahasa sumbernya:

" Alkisah ini hikayat daripada bahasa Jawa dipindahkan bahasa Melayu daripada hendak menyukakan hati supaya orang yang banyak suka mendengar indah-indah ceritanya."

Orang yang memindahkan karya dari suatu bahasa kepada bahasa lain itu tidak dinamakan, tetapi perbuatannya dilatardepankan untuk kita ketahui. Dalam perkembangan kesusasteraan kita lihat bahawa kerjanya cukup penting, malah dia menceritakan kembali cerita-cerita terpilih dan disukai ramai yang didapatkan dalam bahasa sumber dan diolah kembali ke dalam bahasa Melayu. Proses pemindahan ini banyak berlaku untuk karya-karya agama, daripada kitab-kitab yang penting. Disini kekreatifan tidak menjadi unsur utama dan tidak digalakkan tetapi maksud (isi utama) haruslah disampaikan dengan sebaik mungkin.



No comments:

Post a Comment