BAB
1 : ASAL USUL KERAJAAN BENTAN
Seorang raja, Sang Perta dewa dan seorang permaisuri
(tidak dinyatakan namanya) mempunyai seorang anak perempuan, Tuan Puteri Kemla
Ratna Pelinggam. Ramalan ahli nujum dan sasterawan, anak Kebawah Duli Syam Alam
akan bermenantukan seorang anak raja besar, dan cucunya kelak juga menjadi Raja
Besar. Disebabkan itu Sabg Perta Dewa dan permaisuri sepakat meninggalkan Tuan
Puteri Kemla Ratna Pelinggam disebuah Mahligai di Raja Sang Perta Dewa (dari
keinderaan) pergi memburu Pulau Biram Dewa dengan takdir Alllah, Perta Dewa
terlihat Mahlligai di tengah Laut dan seterusnya menaikinya tanpa ditemani oleh
hulubalang.
Dilihatnya seorang puteri dihadap oleh dayang-dayang
istana, inang pengasuh, perwaranya. Baginda menghampiri dayang Istana lalu
bertanya tujuan mengapa mahligai ini disiami oleh seorang puteri. Dayang Istana
menjelaskan tentang ramalan yang dikemukakan kepada Kebawah Duli Syah Alam.
Sang Perta Dewa pun gembira dengan penjelasaanya. Raja Sang Perta
Dewa (dari keinderaan) dan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam
berkahya, in. Setelah Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam tahu asal usul raja
Sang Perta Dewa (dari keinderaan). Kemudian Tuan Puteri Ratna Pelinggam
berputera iaitu Sang Sapurba.
Setelah dewasa Sang Sapurba dirajakan (didunia) oleh
ayahnya di Bukit Siguntang Mahabiru. Beberapa bulan lamannya, Ayah Sang Sapurba
balik keinderaan setelah melihat anaknya menjadi raja ynag sangat adil dan
kemudiannya menjadi sebuah Bandar Besar. Seterusnya, Sang Sapurba
bermain-main lalu tersempak sebuah kolah indah, baginda terasa
hendak mandi dan menyalam, apabila terdengar guruh dilangit. Baginda pun
bangikit, dilihat seekor lembu itu ghaib. Selepas beberapa peristiwa Sang
Sapurba berkahwin dan mempunyai empat orang putra (Sang Manika, Sang Jaya
Nankata, Sang Saniaka). Wujudnya anak Raja Siguntang membuatkan seorang Nahkoda
Benten belayar ke Bukit Sigutang. Seterusnya, meminta salah satu anak Raja
Siguntang, menjadi raja di Negeri Benten. Sang Manika kemudian pergi ke Benten
dan memilih ahli kabinetnya sendiri.
BAB 2 : HANG TUAH MENJADI HAMBA
RAJA
Pada suatu Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari
langit dan cahaya memenuhi kepala Hang Tuah. Ini adalah suatu petanda baik lalu
diciumnya Hang Tuah. Pada keesokan harinya, Sebelumnya Hang Mahmud menjemput
penduduk kampong untuk majlis doa selamat. Lalu, Hang Mahmud bersama
keluarganya berpindah ke Bentan. Disana Hang Tuah dihantar untuk mengaji
Al-Quran sehingga khatam. Seterusnya, beliau dihantar untuk menguasi beberapa
bahasa bersama gurunya Lebai Keling iaitu Bahasa India, Lebai Siam iaitu Bahasa
Siam , Lebai Cina iaitu Bahasa Cina dan Lebai Jawa iaitu bahasa Jawa.
Di Bentan juga, Hang Tuah berjumpa rakan karibnya
iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi. Mereka berhajat untuk
pergi ke Pulau Tinggi. Semasa dalam perjalanan mereka tersempak dengan
lanun dan Berjaya menewaskan lanun-lanun itu. Manakala 10 orang daripadanya
ditangkap dan dibawa ke Singapura. Hang Tuah bersama rakannya berguru, Sang
Aria Putra di Bukit Pancalusa. Mereka juga pergi berguru, Persata Nila (Abang
kepada Sang Aria Putra) yang diarahkan oleh Sang Aria Putra. Setelah selesai,
mereka berlima pulang dan Hang Mahmud membawa mereka untuk menghadap Bendahara
Paduka Raja ingin berjumpa.
Seterusnya,semasa Hang Tuah membilah kapak kayu dengan
menggunakan kapak berlakunya kekacauan di pasar dimana orang mengamuk lalu Hang
Tuah membunuhnya. Ada orang yang menyaksikan kejadian tersebut meramal bahawa
Hang Tuah akan menjadi seorang Panglima Besar di Tanah Melayu. Pada kali kedua
Hang Tuah bersama rakannya berjaya membunuh 4 orang mengamuk di pasar yang cuba
membunuh Bendahara manakala pengikut-pengikutnya lari. Hang Tuah dan rakannya
diberikan hadiah daripada Bendahara kerana melindunginya daripada orang
mengamuk di pasar tadi. Mereka dilantik menjadi biduanda oleh Bendahara Paduka
Raja.
Semasa mereka menjadi biduanda mereka bersama Tun Mat
untuk mengikut raja berburu ke Pulau Biran Dewa. Semasa memburu, Hang Tuah
telah menjumpai pisang masak dan didalamnya ada ular cintamani. Hang Tuah
mengambilnya dan disimpannya kedalam dastarnya. Kemudian ular itu diserahkan
kepada Bendahara dan disimpannya didalam gulungan kain. Raja Bentan menjemput
Hang Tuah berserta rakannya dan dikurniakan hadiah iaitu pakaian dan keris.
Raja Bentan merasakan kagum apabila mereka bermain senjata. Akhirnya, Hang Tuah
di tugaskan untuk menentang musuh di Siantan dan Jemaja bagi membolehkan
orang-orang Palembangpergi balik berdagang di Bentan.
BAB 3 : KEDATANGAN PATIH KERMA WIJAYA DAN PERPINDAHAN KE MELAKA
Selepas neger-negeri taklukan Lasem dimusnahkan oleh
Raden Inu Kartapati, Ratu Lasen mengarahkan Patih Kerma Wijaya bersama 7 000
tentera memulihkan kawasan tersebut. Semasa di Pajang, Pati Kerma Wijaya jatuh
sakit dan menyuruh panglimanya Kebiru ke Lasim menjemput puterinya, Kem Sumirat
ke Pajang. Dalam perjalanan ke Pajang ke Kebiri, Kem Sumirat bertemu Ratu Lasem
dan mengahwininya secara paksa. Kem Sumirat tidak dibenarkan dibawa oleh Ke
Kebiri ke Pajang.
Apabila Patih Kerma Wijaya mengetahui kejadian
tersebut melalui Kebiri, Patih Kerma Wijaya marah kepada Ratu Lasem dari ke
Tuban bersama pengikutnya. Dia memberitahu perkara tersebut kepada Sang Agung
Aria Tuban. Dia turut menjemput Patih Kerma Wijaya tinggal di Tuban, tetapi dia
menolaknya.
Semasa dalam perjalanan pulang, mereka singgah ke Jaya
Karta. Patih Kerma Wijaya turut memberitahu hajatnya untuk memperhambakan
dirinya kepada Raja Bentan, mereka diterima tinggal di Bentan.
Raden Inu Wira Nantaja datang ke Tanah Melayu mencari
saudaranya. Semasa di Tuban, dia telah diberitahu bahawa Patih Kerma Wijaya di
Tanah Melayu untuk memperhambakan dirinya. Raja Bentan, Hang Tuah dan Patih
Kerma Wijaya menyambut kedatangan Raden Inu Wira Nantaja.
Raden Inu Wira Nantaja, Raja Bentan, Hang Tuah bersama
rakan-rakannya, Patih Kerma Wijaya dan Bendahara pergi berbulu di Pulau Ledang.
Anjing berbulu Raden Inu Wira Bendahara ditentang oleh pelanduk putih lalu ia
ghaib. Maka Bendahara mencadang membina negeri kerana ia petanda baik, ia
dinamakan Melaka.
Raden Inu Wira Nantaja pulang ke Daha, manakala Raja
Bentan pindah ke Melaka dan tempatnya diganti oleh Tun Utama dan Tun Utama dan
Tun Bija Sura.
BAB 4 :
RAJA MUDA
Sang Maniaka, Raja Melaka telah menintahkan Bendahara
Paduka Raja dan Temenggung Seri Sarwa Diraja untuk pergi menghadap Sang Sapurba
di Bukit Siguntang Mahabiru untuk mendapatkan restu supaya Sang Jaya Nantaka
dilantik menjadi Raja Muda Melaka. Dan, permohonan Sang Maniaka itu telah
direstui oleh Sang Sapurba.
Setelah Sang Jaya Nantaka menjadi Raja Muda Melaka,
Sang Jaya Nantaka akhirnya difitnah yang mana kononya Sang Jaya Nantaka
berusaha untuk merampas taktha kerajaan Melaka. Raja Melaka mentahkan Hang Tuah
dan Bendahara untuk membunuh Sang Jaya Nantaka tetapi Hang Tuah dan Bendahara tidak
melakukannya ada seorang raja dari keinderaan di Tanah Melayu dan raja itu
mempunyai empat orang putera. Dan, saudagar kaya itu berharap agar salah
seorang dari putera tersebut dijadikan Raja di Benua Keling.
Parmadewan telah bertemu dengan seorang pengail (Sang
Jaya Nantaka) di Muara Sungai Melaka. Parmadewan lalu menyatakan hasratnya
untuk menjadikan pengail tersebut sebagai Raja di Benua Keling kerana
Parmadewan mempunyai firasat yang mengatakan bahawa pengail tersebut merupakan
putera raja.
Sang Jaya Nantaka akhirnya bersetuju untuk menjadi
Raja di Benua Keling setelah teringat pesan ibunya bahawa suatu hari nanti,
dirinya akan menjadi Raja Besar di Benua Keling. Parmedewan membawa Sang Jaya
Nantakapergi mengadap Raja Melaka untuk menyatakan hasratnya. Hasrat Parmadewan
telah mendapat restu dari Raja Melaka. Akhirnya, Sang Jaya Nantaka dibawa oleh
Pardewan ke Benua Keling.
Dalam perjalanan pulang ke Benua Keling, Parmadewan
bertemu dengan kapal China. Menurut Nahkoda China itu, kapal Feringgi hendak menyerang
Benua Keling. Parmedewan telah berjaya mengalahkan Angkatan Feringgi di Kuala
Nila Pura.
Setelah dilantik menjadi Raja di Benua Keling, baginda
telah melantik Parmedewan sebagai Bendahara Mangkubumi. Manakala ketiga-tiga
anak Bendahara Mangkubumi iaitu Parmadesa dilantik menjadi Paduka Raja,
Pudingga dilantik menjadi Maharaja Indera dan Parmadian dilantik menjadi
Maharaja Indera Bongsu.
Sang Jaya Nankata menghantar utusan ke Melaka dan ke
Bukit Siguntung Mahabiru untuk memberitahu keadaanya setelah menjadi Raja di
Benua Keling.
BAB 5 : PERUTUSAN MEMINANG KE INDERAPURA DAN KE MAJAPAHIT
Mengisahkan tentang Raja Melaka menyuruh Tun Utama
dan Tun Bija Sura untuk pergi ke Inderapura untuk meminang Tun Tuja. Utusan
peminangan disambut dengan baik. Tetapi, Tun Teja, Puteri Bendahara Seri Buana
menolak pinangan tersebut sibabkan tidak sedarjat dengan Raja Melaka.
Setelah itu, Patih Kerma Wijaya memberi cadangan kepada Raja Melaka mengenai Puteri Betara Majapahit, Mas Ayu, yang tidak kurang juga cantiknya Raja Melaka pun mengiyakan cadangan tersebut lantas diutusnya Hnag Tuah dan Patih Kerma Wijaya ke Majapahit serta 4 sahabatnya yang lain. Bendahara dan Hang Tuah pun bermasyurat hendak membangunkan ghali akan kenaikan raja. Ghali itu dinamakan 'Mendam Berahi'. Surat peminaNgan pun diutuskan ke Patih Gajah Mada. Menteri Besar Majapahit.
Mereka yang membawa utusan itu disambut baik oleh Bentara Majapahit yang diwakili oleh Patih Gajah Mada. Ini kerana taraf kerajaan Melaka tinggi. Tapi sebelum utusan itu sampai, mereka telah diuji kekuatannya dengan menyuruh enam puluh orang perajurit mengamuk ditengah pasar dan membunuh mereka. Namun peruit-perajurit itu dapat dikalahkan oleh utusan Raja Melaka.
Hang Tuah telah bertemu dengna Raden Aria bersama-sama Sang Perdana Setia dan Sang Ratna Setia. Mereka adalah orang utusan dari benua keling dan juga membawa surat yang dipersembahkan kepada Bentara Majapahit. Hang Tuha memberitahu kepda Utusan Benua Keling bahawa kuda yang dibawa benua itu ada celanya iaitu tidak boleh melihat air kerana ia akan berkubang seperti kerbau. Tetapi Hang Tuah dapat menyembuhkan kuda tersebut.
Hang Tuah diberikan ganjaran yang lebih dari yang lainnya. Hang Tuah dan rombongan kembali ke Melaka setelah menyampaikan utusan itu dan mereka diiringi oleh utusan Benua Keling iaitu Raden Aria. Demang Gajah Pertala. Rangga Bagung dan jaksa Temandera Kanuruan.
BAB 6 : RAJA MELAKA BERANGKAT KE MAJAPAHIT
Rombongan meminang yang diutus Raja Melaka sedang
dalam perjalanan untuk pulang ke Melaka. Mereka singgah ke Tuban, Jayakarta dan
Palembang. Setelah sampai ke Melaka, surat pinangan dari Melaka diarak dari
Kuala pelabuhan Melaka sehingga sampai ke istana. Setelah mengetahui pinangnya diterima,
baginda telah menitahkan kepada bendahara dan pembesar yang lain untuk membina
kapal yang diberi nama Kumbang Nuri. Raja Melaka pun berangkat ke Majapahit
dengan diiringi Hang Tuah dan sahabatya serta Patih Kerma Wijaya yang
bertanggungjawab atas keselamatan baginda. Apabila sampai di Majapahit, mereka
disambut sengan Mariah oleh Raja dan pembesar negeri Majapahit. Hang Tuah
begitu teliti mengawasi Raja Melaka sehingga dikagumi oleh Patih Gajah Mada dan
Betara Majapahit. Patih Gajah Mada telah merancang ingin membunuh Hang Tuah
dalam majlis tari menari. Percubaan ingin membunuh Hang Tuah gagal ketika
meminum arak di hidangkan di Istana Betara Majapahit yang mana seorang upahan
Path Gajah Mada cuba membuunuhnya dan kejadian itu telah disedari oleh Hang
Tuah.
BAB 7 :
PERAHWINAN RAJA MELAKA
Sebelum Raja Melaka melangsungkan perkahwinannya
dengan Raden Emas Ayu, satu pesta telah diadakan oleh pihak Majapahit. Dalam
majlis jamuan makan-makan, orang-orang Melaka diberi minum arak supaya mabuk
dan mereka disuruh menari. Begitu juga dengan Hang Tuah tetapi sebaik sahaja
Hang Tuah minum arak tersebut, dia tidak mabuk kerana dia mempunyai ilmu yang
boleh menukar arak tersebut kepada air yang biasa sahaja.
Penjurit-penjurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada pun mulalah mengamuk lalu membunuh orang-orang Melaka yang sedang mabuk itu. Walaubagaimanapun, segala usaha mereka untuk membunuh Hang Tuah tidak berjaya seperti yang dirancangkan. Tiba-tiba muncul seorang penjurit tua yang bernama Taming Sari di mana dia juga turut ikut membunuh orang-orang Melaka.
Penjurit tua itu merupakan seorang penjurit yang handal, yang pada masa yang sama ingin membunuh Hang Tuah. Taming Sari ini bukanlah penjurit yang diupah oleh Patih Gajah Mada tetapi dia sengaja muncul untuk menguji orang-orang Melaka. Akhirnya Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari dan kedua-duanya sama handal tiada bandingnya.
Menurut Hang Tuah, keris Taming Sari itulah yang membuatkan Taming Sari handal dan kuat. Tanpa keris Taming Sari itu, pasti Taming Sari akan tewas. Maka Hang Tuah pun mendapat satu akal iaitu dengan menukarkan kerisnya dengan keris Taming Sari atas alasan bahawa keris Taming Sari itu sudah tidak kukuh. Akhirnya, Taming Sari bersetuju untuk menukarkan kerisnya dengan keris Hang Tuah. Sebaik sahaja Hang Tuah mendapat keris Taming Sari, Hang Tuah terus menikam Taming Sari tetapi tidak kena.
Dalam pertarungan itu, Taming Sari merasa letih lalu Hang Tuah pun mengambil kesempatan itu untuk menikam Taming Sari tetapi keris Taming Sari itu melekat pada dinding peseban dan Taming Sari dengan Hang Tuah pun bergelut untuk mendapatkan keris tersebut. Hang Tuah berjaya mendapatkan keris itu kembali dan menghunus Taming Sari dan akhirnya Taming Sari mati ditangan Hang Tuah.
Dengan itu, Hang Tuah diberi hadiah iaitu keris Taming Sari dan juga diberi gelaran Laksamana oleh Raja Majapahit. Tidak lama kemudian, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Raden Emas Ayu manakala Hang Tuah dengan sahabatnya pergi berguru dengan Sang Persata Nala di gunung Wirana untuk mempelajari ilmu penjurit dan ilmu hulubalang. Mereka diajar perbagai jenis ilmu terutamanya Hang Tuah yang diajar ilmu yang lebih banyak sedikit kerana Hang Tuah merupakan seorang yang istimewa dari rakan-rakannya yang lain. Akhirnya mereka pun berjaya menguasai ilmu yang diajar oleh Sang Persata Nala.
BAB 8 : PATIH
GAJAH MADA DENGAN HANG TUAH
Patih Gajah Mada merancang untuk mengupah perajurit
mencuri Keris Taming Sari yang dimiliki oleh Hang Tuah . Tugas itu diberikan
kepada Sang Bima Sina. Rancangan mencuri Keris Laksamana akan melakukan ketika
Hang Tuah diminta oleh Betara beriwayat. Apabila melihat Hang Tuah amat leka,
maka Sang Bima Sina pun menyendal Keris pandak Hang Tuah dan mempersembahkan
keris itu kepada Betara.
Menyendari keris pandaknya disuri orang, Hang Tuah
dengan hati-hati meraba keris Patih Gajah mada dan Berjaya memakainya. Betara
Majapahit meminta Patih Gajah Mada menunjukkan kerisnya tetapi beliau enggan
dengan alasan mata kerisnya sudah berkarat. Apabila didesak oleh BEtara, barulah
beliau meraba kerisnya dan mendapati keris itu telah hilang. Patih Gajah Mada
amat alu dengan peristiwa itu.
Untuk menutup malu, Betara menyatakan pada Hang Tuah
bahawa baginda hanya bergurau. Laksamana sempat menyindir perbuatan Betara
Majapahit yang tidak boleh diselindungkan lagi itu. Raja Melaka amat bimbang
dengan keselamatan laksamana Hang Tuah kerana adanya usaha membunuh Hang Tuah
oleh Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit. Pelbagai usaha dilakukan untuk
membunuh Hang Tuah tetapi tidak berhasil kerana Hang Tuah sentiasa
beringat dan berhati-hati pada setiap masa, malah ia adalah seorang hulubalang
yang memiliki ilmu hulubalang yang maha tinggi serta amat tahu akan ilmu
firasat. Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, Raja Melaka kebenaran daripada
Betara Majapahit berangkat pulang ke Melaka.
Patih Gajah Mada mengupah 70 orang kepetangan
mengamuk itu disuruh mengamuk di tengah pesara. Patih Gajah Mada berpesan
sekiranya bertemu dengan seorang Melayu, yang bersungguh – sungguh hendak
menentang, maka disuruhnya bunuh. Berita tentang orang mengamuk di tengah
pesara disampaikan pada Betara majapahit ketika ia dihadap oleh Raja Melaka dan
rombongannya. Betara bersungut di hadapan Raja Melaka sambil memandang kepada
laksamana. Laksamana terlebih dahulu mengetahui tujuan pandangan Betara itu
lalu terus menyinsing lengan menuju ke arah orang yang sedang mengamuk.
Hang Tuah mengetahui bahawa kejadian mengamuk itu
adalah muslihat Patih Gajah Mada untuk membunuhnya. Tetapi Hang Tuah tidak
gentar kerana mengikut firasatnya dia tidak akan mati di bumi majapahit. Hang
tuah Berjaya membunuh orang yang mengamuk itu. Rakan-rakannya datang membantu
dan melihat Hang Tuah sedang berhenti lelah di sebuah kedai. Hang Tuah diusung
oleh rakan-rakannya ke paseban. Apabila sampai dihadapan Raja Melaka, Hang Tuah
terus bangun melompat mengahadap seraya menyindir dengan kata-katanya.
Patih Gajah Mada dan Betara masih berusaha membunuh
Hang Tuah. kali ini beliau menitahkan Sang Wirana, seorang perajurit yang
amat sakti membunuh Hang Tuah. Sang Wirana Berjaya masuk ke kampung Hang Tuah
dengan menyamar seperti binatang, misalnya menjadi kunang-kunang , kemudian
apabila sampai ke atas rumah berupa seperti kucing, dan akhirnya sebagai
harimau.
Sang Wirana telah memeberitahu terlebih dahulu
kepada Patih Gajah Mada bahawa sekiranya Hang Tuah pernah berguru pada Sang
Persata Nala (di Gunung Wirana Pura) maka dia tidak mati oleh senjata dan tidak
akanb mati kerana tikaman. Patih Gajah Mada menafikan yang Hang Tuah pernah
berguru pada sang perata kerana pemergian Hang Tuah pernah berguru pada sang
persata kerana pemergian Hang Tuah dan sahabat-sahabat berguru tidak diketahui
oleh Patih Gajah Mada.
Laksamana Hang Tuah Berjaya memarang tubuh Sang
Wirana. Apabila diparang, putus tangan, putus bahu tetapi dia masih boleh
bangun dan berjalan. Hang Tuah Berjaya memarang kepala Sang Wirana hingga
Putus. Kepala itu dibawa oleh empat orang perajurit kepda Patih Gajah MAda.
Sang Wirana telah berwasiat agar kepalanya ditanam di kaki Gunung ima Giri dan
selepas tujuh tahun hendaklah di gali. Kepala itu akan hidup seperti sedia
kala.
Patih Gajah Mada menghantar utusan menjemput Sang
Persata Nala yang bertapa di Gunung Wirana Pura. Tujuan beliau supaya Sang
Persata Nala membunuh Laksamana Hang Tuah. Rombongan yang pergi tidak berjaya
menemui Sang Persata Nala. Ramai daripada mereka mati dimakan Binatang buas.
Sewaktu Raja Melaka menghadap Betara Majapahit, Raja
Melaka mengambil kesempatan meminta izin kembali ke Melaka dan akan membawa
sekali isterinya ke Melaka. Betara Majapahit member keizinan dan seterusnya
menitahka pegawai dan pertuanan membuat persiapan kelengkapan berangkat ke
Melaka.
Sebelum itu meraka merancang untuk memasuki taman
larangan Betara. Sewaktu berada disana mereka mandi kolam permandian, memetik
bunga, memakan buah-buahan dan bersenda loka. Betara Majapahit amat marah
diatas perbuatan mereka lalu dengan segeranya mengarahkan 1000 orang pengawitan
menombaki Hang Tuah yang sedang bersuka- sukaan di taman larangan itu. Tetapi
Hang Tuah serta rakan-rakannya Berjaya melawani kesemua pengawitan tersebut.
Hang Tuah berdatang sembah kepada Betara Majapahit
mohon keampunan kerana mereka memasuki taman larangan itu. Mereka menyatakan
bahawa mereka tidak mengetahui bahawa taman larangan itu tidak dapat dimasuki. Laksamana Hang Tuah menceritakan semua hal yang
berlaku di Majapahit kepada Bendahara serta bagaimana beliau Berjaya memiliki
Keris Taming Sari.
BAB 9 : HANG
TUAH DALAM BUANGAN DI INDERAPURA
Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya serta
pembesar-pembesar yang lain kerana mereka merasa iri hati dengan kepercayaan
Raja Melaka terhadapnya. Dimana, Hang Tuah difitnah berlaku sumbang dengan
dayang-dayang. Oleh itu Bendahara Paduka Raja diperintah untuk membunuh Hang
Tuah, tetapi Bendahara melepaskan Hang Tuah, disebabkan oleh jasa-jasanya.
Selepas itu, Hang Tuah membawa diri ke Inderapura dengan tujuan mendapatkan Tun
Teja untuk Melaka, demi menebus kesalahan dirinya. Semasa di Inderapura, Hang
Tuah tinggal di Kampung Bendahara Seri Buana. Hang Tuah juga menjadi anak
angkat Dang Ratna, iaitu Inang Tun Teja. Dengan menjalin perhubungan mesra
dengan dayang-dayang Tun Teja yang sering mengunjungi Dang Ratna, Hang Tuah
mengetauhi bahawa Tun Teja sedang bersedih kerana tidak suka bertunangkan Megat
Panji Alam dari negeri Terengganu. Di samping itu, Hang Tuah juga menjalin
hubungan baik dengan ahli-ahli keluarga Bendahaa, iaitu Tun Jenal.
Setelah itu Hang Tuah telah dijemput untuk menghadap
Raja Inderapura. Akhirnya, Hang Tuah mendapat kepercayaan raja dan dibenarkan
menetap di Inderapura di bawah jagaan Bendahara. Tun Teja mengetauhi kewujudan
Hang Tuah di Inderapura setelah melihat kecantikkan kain, iaitu hadiah Hang
tuah kepada dayang-dayang Tun Teja. Di samping itu Hang Tuah juga menghadiahkan
kain kepada Tun Teja sebagai tanda dirinya menjadi hamba ke bawah Tun Teja.
Oleh itu, Tun Teja menjemput Hang Tuah menghadiri majlis makan malam di istana.
Tun Teja mulai jatuh cinta kepada Hang Tuah sehinnga bermimpi tentang dirinya
yang dibawa ke Melaka.
BAB 10 : HANG TUAH MELARIKAN TUN TEJA
Hang Tuah mengatakan hasrat hatinya kepada inang
untuk memiliki Tun Teja. Pada asalnya inang merasa berat hati untuk
menyampaikan hasrat hang Tuah itu namun kerana kasihnya terhadap Hnag Tuah, dia
sanggup melakukuannya. Inang tersebut merasa gagap untuk memberitahu perkara
yang sebenar kepada Tun Teja dan akhirnya inang itu Berjaya meluahkan
segalanya. Namun, Tun Teja marah dengan kata-kata inang tersebut lalu
disuruhnya dayang-dayang untuk mengocoh mulut inang itu. Apabila inang itu
pulang ke rumah dan memberitahu mengenai Tun Teja yang amat marah dengan hasrat
Hang Tuah itu maka Hang Tuah pun menggunakan ilmu pengasih dengan ‘jebat’ yang
diperolehinya daripada seorang perempuan tua. Hang Tuah menyuruh inang sekali
lagi untuk memalitkan ‘jebat’ itu ditempat Tun Teja duduk.
Sebaik sahaja ‘jebat’ itu dicalitkan, Tun Teja pada masa itu tidaur, terbangun dan mencari-cari inang tua itu. Tun Teja juga teringin untuk bertemu dengan Hang Tuah. Hang Tuah juga daa mengatakan hasratnya untuk pergi ke Melaka selama 3 hari kepada inang dan juga Tun Teja lalu Tun Teja merasa sedih. Pada malam itu, Tun Teja bertemu dengan Hang Tuah secara senyap-senyap bersama-sama dengan dayang-dayang melalui jalan lorong di mana mereka tersesat akibat termasuk ke dalamm lorang yang salah sehinggakan ada yang menggap bahawa malaikat turun kerana terhidu bauan yang harum daripada badan Tun Teja sendiri. Tidak lama kemudian, Hang Tuah menyuruh inang dan juga Tun Teja bersiap sedia pergi ke Melakabersama-sama dengan semua dayang-dayang yang dan di Istana yang teramat banyakbersertakan dengan harta mereka sekali.
Sebaik sahaja ‘jebat’ itu dicalitkan, Tun Teja pada masa itu tidaur, terbangun dan mencari-cari inang tua itu. Tun Teja juga teringin untuk bertemu dengan Hang Tuah. Hang Tuah juga daa mengatakan hasratnya untuk pergi ke Melaka selama 3 hari kepada inang dan juga Tun Teja lalu Tun Teja merasa sedih. Pada malam itu, Tun Teja bertemu dengan Hang Tuah secara senyap-senyap bersama-sama dengan dayang-dayang melalui jalan lorong di mana mereka tersesat akibat termasuk ke dalamm lorang yang salah sehinggakan ada yang menggap bahawa malaikat turun kerana terhidu bauan yang harum daripada badan Tun Teja sendiri. Tidak lama kemudian, Hang Tuah menyuruh inang dan juga Tun Teja bersiap sedia pergi ke Melakabersama-sama dengan semua dayang-dayang yang dan di Istana yang teramat banyakbersertakan dengan harta mereka sekali.
Permergian Tun Teja ini tidak diketahui oleh kedua-dua orang tuanya. Hang Tuah dan juga Tun Teja ini menumpang kapal Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja yang kebetulan singgah di Inderapura. Pada awalnya, mereka tidak membenarkan Tun Teja serta yang lainnya manaiki kapal mereka Tun Teja itu adalah anak Bendahara Inderapura. Walaubagaimanapun, mereka akhirnya setuju apabila melihat Hang Tuah marah yang menyebabkan kapal meraka bergegar seperti hendak terbalik kapal mereka itu. Berita mengenai Tun Teja dilarikan oleh Hnag Tuah heboh dan ini meyebabkan Raja Inderapura marah lalu mengarahkan laksmana, Seri Maharaja Lela, Tun Jenal dan juga Tun Pekerma untuk mengikut kapal Hang Tuah itu.
Tun Jenal dan yang lainnya terpaksa mengundurkan diri kerana kehebatan Hang Tuah dalam memanah begitu hebatr dan tiada tandingannya. Setibanya Di Melaka, gajah yang dibawa oleh Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura diturunkan. Memandangkan rupa gajah tersebut begitu baik rupanya sehingga tiada seorang pun yang menyedari Hang Tuah di mana tangannya diikat olehnya sendiri. Sebaik sahaj getah tersebut diberi nama Permata Selan, barulah raja Melaka menyedari kehadiran Hnag Tuah dan Raja Melaka merasa hairan mengapa Hang Tuah boleh berada disitu. Setelah menjelaskan semuanya, raja Melaka merasa gembira dan menyuruh semua isteri bendahara-bendahara menjemput Tun teja yang masih berada diatas kapal.
Melihat kehadiran isteri-isteri bendahara itu datang, tahulah Tun Teja bahawa dirinya akan dijadikan isteri kepada Raja Melaka bukan isteri Hang Tuah. Segara Hang Tuah meniup-niup ilmu pembenci kepada Tun Teja supaya dia membenci dirinya dan menyukai Raja Melaka. Akhirnya, Raja Melaka pun berkahwinlah dengan Tun Teja.
BAB 11 : MEGAT PANJI ALAM
Setelah Megat Panji Alam mendengar berita tersebut,
baginda ingin menyerang Negeri Melaka. Baginda mengumpulkan askar-askarnya.
Turut bersama dengan Megat Panji Alam ialah Megat Kembar Ali. Sebelum berangkat
ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam. Sebelu, berangkat ke Negeri Melaka, Megat
Panji Alam meminta izin kepada ayahandanya, walaupun ayahandanya tidak
mengizinkan pada mulanya.
Sebelum ke Negeri Melaka, Megat Panji Alam singgah
di negeri Inderapura. Di Inderapura, Raja Inderapura pun menjemput Megat
Panji Alam masuk mengadap ke istananya. Semasa mengadap Raja Inderapura, Megat
Panji Alam menceritakan bahawa dia ingin menyerang Melaka.
Berita tersebut telah sampai juga kepada Bendahar
paduka Raja. Bendahara pun memberitahu kepada Sang Maniaka. Sang Maniaka sangat
terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh bendahara. Baginda pun memanggil
Hang Tuah. Setelah Hang Tuah datang mengadap, baginda pun memberitahu Hang Tuah
bahawa Megat Panji Alam ingin menyerang Melaka. Hang Tuah pun mencadangkan
bahawa dia, Hang Jebat dan Hang Kasturi akan menggunakan jalan laut. Mankala
Hang Lekir dan Hang Lekiu akan menggunakan jalan darat.
Apabila Hang Tuah sampai di Bukit Tinggi, dia pun
bertanya sama ada ada Megat Panji Alam masih di Inderapura. Setelah mengetahui
Megat Panji Alam di Inderpura, Hang Tuah pun terus pergi ke Inderapura. Hang
Tuha berlabuh dipangkalan Bendahara Seri Buana. PAda keesokkan harinya, Hang
Tuah, Hang Jebat dan Hang KAsturi pun datang mengadap Raja Inderapura. Hang
Tuah menerangkan kedatangannya ke Negeri Inderapura. Hang Tuah menerangkan
bahawa kedatangannya adalah untuk membunuh Megat Panji Alam.
Berita Hang Tuah ingin membunuh Megat Panji
Alam sampai kepadanya. BAginda pun berasa marah kepada Hang Tuah dan ingin
membunuh Hang Tuah dan pahlawan yang dibawa oleh Hang Tuah. Pada keesokkannya,
Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi sekali datang mengadap Raja Inderapura.
Tetapi kali ini, Hnag Tuah saja yang mengadap Raja, manalkala Hang Jebat dan
Hang Kasturi menyamar menjadi rakyat biasa.
Megat Panji Alam pun datang mengadap Raja
Inderapura. Apabila sampai di Istana, Megat Panji Alam pun memberitahu bahawa
baginda ingin menampar muka Hang Tuah. Sebelum Megat Panji Alam masuk ke
Istana, baginda sudaj berlawan dengan Hang Jebat dan Hang Kasturi dan
baginda telah dibunuh oleh hang Jebat dan Hang Kasturi.
BAB 12 :
LAKSMANA DENGAN RAJA MELAKA
Semanjak Raja Melaka berkahwin dengan Tun Teja,
baginda jarang sekali bertemu dengan pegawai-pegawai dalam istan, kecuali Hang
Tuah, Hang jebat dan Hang Kasturi. Baginda terlalu rapat bersama Hang Tuah
sehinggakan beliau diperkatakan. Baginda juga jarang sekali bertemu Radin Mas
Ayu akan tetapi Raden Mas sehinggakan beliau diperkatakan. Baginda juga jarang
sekali bertemu Raden Mas Ayu, akan tetapi Raden Mas Ayu telah hamil. Setelah 7
bulan Raden Mas hamil, baginda telah mengidam Nyiur Gading yang tumbuh
bersama-sama pohon Melaka. Tuan Puteri menangis kerana hendak memakan buahnya
yang manis itu, akan tetapi orang istana tidak dapat mengambilnya kerana
terlalu berbahaya. Berita ini diketahui oleh Raja, lalu Laksmana dipanggil
untuk mengambil buah tersebut. Hang Tuah telah Berjaya mendapatkannya. Raden
Mas Ayu dan Raja gembira dan terkejut beliau boleh selamat memanjat pohon
tersebut, lalu baginda mengurniakannya.
Setelah Raden Mas Ayu melahirkan putera yang diberi nama Raden Bahar. Tun Utama dan Tun Bija Sura diperintahkan oleh baginda untuk pergi ke Majapahit bersama surat yang terkandung berita gembira tersebut kepada Ratu Majapahit. Setelah mereka sampai di Tuban, mereka telah berjumpa Patih Gajah Mada untuk untuk menyampaikan berita tersebut. Seri Betara (ayah Mas Ayu) gembira akan berita tersebut, setelah itu Betara menintahkan Patih Gajah Mada untuk membawa pulang kurniaan iaitu periai yang muda-mada, 40 orang perempuan mempunyai baik sikap. Manakala Patih Kerma Wijaya mengadapkan kepada Raden Mas Ayu dengan Rangga, Jaksa dan juga Laksamana. Raden Bahar hendak mengikut Laksamana untuk pergi diluar istanatelah dibenarkan oleh ibunya (Raden Mas). Mereka pergi ketaman untuk menyaksikan kuda tezi. Kuda Tezi tersebut tidak ada siapa yang berani menunggangnya, kecuali Laksamana. Kuda Tezi tersebut pandai menari semasa gendang dipukul dan pantas. Sekali lagi, Laksamana dikurniakan lagi. Setelah Rangga dan Jaksa pergi Raden Mas Ayu melahirkan putera lagi bernama Raden Bajau.
Raden Bahar dan Raden Bajau semakin dewasa, mereka telah bermain-main bersama Kuda Tezi di taman yang berdekatan dengan telaga tahi. Semasa mereka bermain, kuda tersebut hendak meminum air di telaga tahi. Kuda tersebut jatuh dan terperangkap. Mereka terperangkap. Mereka menangis kerana kuda mereka tidak dapat dinaikkan keatas. Pihak istana tidak dapat berbuat apa-apa. Berita ini sampai ke Raja Melaka, Laksamana di arahkan untuk mengeluarkan kuda itu. Laksamana Berjaya dengan menggunakan kain barang 7 kayu yang dibalut dibadan kuda lalu ditarik. Laksamana pernah menasihatkan Raja Melaka untuk beradu di istana besar dengan Raden Mas Ayu 10 hari dan 7 hari bersama Tun Teja. Raja Setuju akan cadangan Laksamana itu.
BAB 13 : HANG
TUAH DI MAJAPAHIT
Mengisahkan tentang Raja Majapahit yang mengutus
perutusan (rindu akan Raden Mas Ayu) kepada Raja Melaka melaui orang pilihan
Patih Gajah Mada dan perutusan itu ditulis sendiri oleh Beliau atas perintah
Raja Majapahit. Apabila sampai ke Melaka, Rangga dan barit Ketika menyampaikan
titah tambahan dari Raja Majapahit. Laksmana dari Melaka menjawab titah
tambahan itu bagi pihak Raja Melaka. Dari jawapan Laksamana itu, benarlah
bahawa Melaka akan diserang oleh musuh. Selang beberapa hari Rangga dan Barit
Ketika menundurkan diri bersama-sama Laksamana dari Melaka iaitu Hang Jebat dan
Hang Kasturi.
Tujuan Laksamana dari Melaka adalah hendak membalas
surat dan bingkis untuk diberikan kepada Seri Betara. Manakala Hang Jebat dan
Hang Kasturi hanyalah sebagai pendamping dikala sukar. Patih Gajah Mada
mengetahui rombongan dari Melaka tiba dan meminta izin kepada Betara Majapahit
untuk mencuba kepahlawanan ahli-ahli rombongan negeri Melaka dengan mengupah
orang mengamuk secara berolok-olok tetapi dengan hanya menggunakan orang upahan
Patih Gajah Mada. Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit berniat untuk menguasai
Negeri Melaka, kerana itu Patih Gajah Mada merancang untuk membunuh Hang Tuah
di jamuan makan.
BAB 14 : BETARA MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA 1
Laksmana Hang Tuah dan Raja Melaka berangkat ke
Majapahit. Pada mulanya, Raja Melaka enggan pergi tetapi disebabkan telah
berjanji pada awalnya maka mereka hendak menepati janji tersebut. Tun Teja
menasihati Raja Melaka supaya jangan berjauhan daripada Laksmana Hang Tuah
kerana Laksamana sahajalah yang dapa melindungi baginda daripada dibunuh oleh
Betara Majapahit. Raja Melaka juga meninggalkan wasiat sekiranya terjadi
sesuatu hal terhadap dirinya Raden Baharlah yang akan menjadi pengganti
baginda.
Setelah beberapa lamanya mereka singgah di Palembang selama tiga hari. Setelah genap tiga hari mereka pun meneruskan perjalanan mereka dan mereka sampai di Jayakarta. Apabila genap tiga hari mereka pun terus pergi ke Tuban. Dan mereka pun sampai di Majapahit dengan selamat. Pada mulanya, temenggung Majapahit mencadangkan supaya Raja Melaka dibunuh di Tuban tetapi cadangannya di tolak oleh Patih Gajah Mada. Pada masa yang sama Laksamana Hang Tuah sering berjaga-jaga di sisi baginda.
Keesokkan harinya, Patih Gajah Mada telah mengupah 40 orang perajurit-perajurit handalan untuk mengamuk di tengah pesara dan membunuh sesiapa sahaja. Laksamana berfirasat bahawa akan berlakunya pertumpahan darah pada waktu asar itu. Tetapi kesemua perajurit-perajurit itu dapat ditewaskan oleh Laksamana seseorang tanpa bantuan saudaranya yang lain kerana diperintah untuk berjaga-jaga disisi Raja Melaka.
Sekali lagi percubaan membunuh dilakukan dengan mengupah seorang perajurit yang bernama Petala Bumi untuk membunuh Laksaman. Petala Bumi mengetahui pelbagai ilmu penjelmaan tetapi sungguhpun begitu Laksamana tetap mengalahkan Petala Bumi.
Raja Melaka terpaksa kembali ke Melaka, kerana mendengar khabar puteranya jatuh sakit. Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada masih meneruskan rancangan mereka untuk membunuh Raja Melaka dan Laksamana Hang Tuah. Mereka telah menyuruh tujuh orang perajurit belayar ke Melaka untuk menimbulkan kekecohan di negeri Melaka itu dan Bukit Cina telah dijadikan ibu pejabat mereka.
Lalu Hang Tuah pun menyamar menjadi salah seorang pengikut setia kepada ketua kumpulan itu dan ia juga berjaya masuk ke kumpulan perompak ini sebagai Sang Marga Paksi. Hang Tuah pun berjaya membunuh ketujuh-tujuh perompak itu.
BAB 15 : HANG
TUAH DIFITNAH
Ketika laksmana
menjadi hulubalang di istana. Segala pegawai dan pertuanan mengadakan mesyuarat
tergempar untuk membuat fitnah. Hal ini pun telah di bawa kepada Patih Kerma
Wijaya marah akan alasan yang dikemukan oleh mereka.
Hal itu telah
dikemukan dihadapan Raja menyebabkan Raja murka dan menitahkan Bendahar supaya
Laksmana Hang Tuah di buang dengan segara kerana menderhaka kepada mereka
tetapi dihalang dengan menasihati dan memujuk raja agar diperikasa terlebih
dahulu sebelum dibuang. Tetapi raja enggan dan meneruskan memuncak sehingga
mengarahkan bentara kedua dengan alat senjata pergi mencari laksmana di Kuala
Melaka.
Ketika itu
laksmana sedang bersama keluarganya didalam perahu kecil. Laksamana mengetahui
akan kedatangan Bentara Kedua dan pergi ke Istana dengan perahu Hang Jebat.
Sampai mereka, laksamana duduk di Balai Gendang. Raja mengarahkan Bendahara
melakukan pembuangan Hang Tuah walaupun Bendahara melakukan pembuangan
Hang Tuah walaupun Bendahara berasa sedih.
Hang Jebat dan
Hang Kasturi menangis dan memeluk dengan Laksmana dan memberikan Keris Pandak
yang di minta oleh raja tadi kepada Hang Jebat. Laksmana juga sempat memberikan
pesanan kepada Hang Jebat dan Hang Kasturi. Tiba di Istana, Raja menintahkan
Hang Jebat memakai Keris Pandak itu. Hang Jebat memakai keris itu dengan
perasaan gembira.
Bendahara pula
melepaskan Hang Tuah dengan menyuruh empar orang menghantar laksmana ke hulu
Melaka selama tujuh hari, tujuh malam dari negeri Melaka jauhnya. Hang
Tuah juga sempat bergurukan Sheikh Mansur. Guru ini sempat memberi ramalan
hadapan yang baik untuk Hang Tuah kerana selama 20 hari lagi dia akan pulang ke
sisi raja kerana sejak ketiadaannya, Melaka dalam kacau-bilau.
Selepas kejadian
membuang laksmana pada hari itu, Raja sering tidak menghadap orang selama tujuh
hari. Hang Jebatcuba menawan hati raja sambil menendangkannya. Selepas
Raja mandi, baginda santap bersama Tun Teja dan dipanggilnya Hang Jebat turut
bersama. Raja juga ingin menganugerahkankan gelaran ‘Paduka Raja’ kepada Hang
Jebat. Ramai yang tidak berpuas hati akan Laksmana baru (Hang Jebat). Hang
Jebat juga memperlihatkan sifatnya yang tidak acuh. Hang Kasturi dan bendahara
turut menangis kerana terkenangkan Laksmana lama.
BAB 16 : HANG JEBAT MENDUDUKI ISTANA
Pada awal bab ini menceritakan tentang kelakuan Hang
Jebat yang semakin liar sehingga sering bersuka ria di istana dan bermukah
dengan dayang-dayang di istana malahan dia meganggap istana adalah tempat
tinggalnya. Perbuatan keji Hang Jebat membuatkan Raja Melaka menjadi murka
tetapi apakan daya keris pandak Laksamana Hang Tuah masih berada
ditangan Hang Jebat, tiada sesiapapun yang akan dapat mengalahkannya.
Seterusnya Raja Melaka terpaksa berpindah ke rumah Bendahara Paduka Raja
bersama-sama dengan Tun Teja, Raden Emas Ayu serta putera-putera baginda.
Pelbagai percubaan untuk membunuh Hang Jebat yang
diperintahkan oleh Raja Melaka telah dilakukan oleh pembesar-pembesar seperti
Patih Kerma Wijaya, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan temenggung tetapi kesemuanya
gagal. Akhirnya, baginda Raja Melaka menyesal tentang hukuman baginda yang
membabi buta terhadap Laksamana Hang Tuah. Pada masa itulah, Bandahara Paduka
Raja membongkar rahsia bahawa Hang Tuah masih hidup dan bersembunyi di Hulu
Melaka. Tun Pekerma dan Tun Kasturi dititahkan untuk menjemput Laksamana dengan
segera.
BAB 17 : HANG
TUAH BERTIKAM DENGAN HANG JEBAT
Raja Melaka serta semua pembesar istana sudah tidak
sanggup menghadapi amukan Hang Jebat di dalam istana yang dianggap derhaka
kepada raja. Tiada siapa yang berani mahu pun dapat menghalang tingkah laku
Hang Jebat. Lalu Bendahara Paduka Raja membuka rahsia bahawa Hang Tuah masih
hidup dan beliau berada di dusun Bendahara Paduka Raja di Hulu Melaka, berguru
dengan Syeikh Mansur. Raja menitahkan Tun Pekerma dan Tun Kasturi agar
menjemput Hang Tuah untuk pulang ke Melaka. Apabila Hang Tuah pulang, beliau
bermain senjata dengan Hang Jebat atas perbuatannya yang menderhakai raja.Hang
Jebat tewas di tangan Hang Tuah.
BAB 18 : BETARA
MAHAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA II
Betara
Majapahit ingin membunuh Hang Tuah setelah mengetahui tentang kematian Marga
Paksi di Bukit China dan
menguasai Negeri Melaka. Betara Maja Pahit menghantar Kartala Sari ke Melaka untuk
membunuh Hang Tuah. Apabila tiba di Melaka, Kartala Sari menyamar sebagai orang
Jawa biasa. Dia keluar mencuri pada setiap malam dan mengumpulkannya di BukitChina. Raja Melaka
telah menitahkan agar Temenggong Sarwa Raja membuat kawalan di kampung-kampung
setiap malam. Dengan ilmu ghaib, Kartala Sari boleh meneruskan kerja-kerja
mencurinya. Lalu Hang Tuah telah memasang perangkapnya sendiri dan tidur di
tengah-tengah pasar menunggu kedatangannya. Hang Tuah membunuh Kartala Sari dan
memotong syahwatnya (Kartala Sari). Raja Melaka telah menitahkan Hang Kasturi
membawa balik harta ke istana dan dipulangkan semula kepada empunyanya.
Kematian Kartala Sari telah diketahui oleh Betara Maja Pahit dan Patih Gaja
Mada. Mereka masih berusaha untuk membunuh Hang Tuah dan menguasai Negeri
Melaka.
Laksamana Tun Tuah dihantar ke Benua Keling. Di sana
Laksamana Tun Tuah memperlihatkan kebijaksanaanya dengan mengubati isteri Nala
Sang Guna yang mandul. Laksamana Tun Tuah juga berjaya menunggang kuda tezi di
hadapan Kisna, Raja Keling. Selain itu, Laksamana Tun Tuah juga menolong Nala
Sang Guna menyiapkan jamuan sedangkan kayu api tidak dibenarkan dijual kepada
Nala Sang Guna. Laksamana Tun Tuah juga memperlihatkan kehandalannya bermain
pedang dan perisai dengan mengalahkan pendekar Keling.
Dari benua Keling, Laksamana Tun Tuah terus ke Benua
Cina untuk menyampaikan utusan Raja Keling. Di negeri Cina, Laksamana Tun Tuah
juga memperlihatkan berbagai-bagai kebolehannya. Dia telah berjaya melihat
wajah Raja Cina yang tidak boleh ditatap oleh sesiapa pun. Di pertengahan
perjalanan pulang ke Benua Keling, Laksamana Tun Tuah berjaya menewaskan
angkatan Feringgi.
BAB 20 : RADEN BAHAR DAN ADIPATI SOLOK
Bab ini menceritakan
tentang Raden Bahar iaitu Putera Raja Melaka dengan Raden Mas Ayu yang
ditabalkan menduduki takhta kerajaan Majapahit menggantikan Betara Majapahit
bergelar Paduka Seri Sultan. Selain itu, bab ini juga memaparkan tentang putera
Adipati Solok iaitu Adipati Agung Brunei yang ditawan oleh Hang Tuah.
Setelah kemangkatan Betara Majapahit, Raja Melaka
telah memilih anakanda baginda iaitu Raden Bahar untuk dirajakan di Majapahit. Laksamana
Hang Tuah, Patih Kerma Wijaya serta Maharaja setia menjadi utusan baginda ke
sana untuk membatalkan anakanda baginda. Adipati Solok, iaitu anakanda Raja Brunei ingin kehandalan Laksamana Hang
Tuah. Dalam pelayaran pulang ke
Melaka, rombongan Adipati Solok bertempur dengan rombongan Melaka. Adipati Solok berjaya ditewaskan dan dibawa
ke negeri Melaka setelah ditinggalkan oleh panglima-panglimanya sendiri.
Di Melaka, Adipati Solok mendapat
layanan yang baik. Suatu
rombongan juga dihantar ke Brunei untuk mengiringi Adipati Solok pulang ke
negerinya. Di sana, Laksamana
Hang Tuah dan rombongannya mendapatkan sambutan hebat dan dilayani dengan baik.
BAB
21 : HANG TUAH DIUTUS KE SIAM
Raja Melaka telah menghantar utusan ke negeri Siam
untuk membeli gajah. Bendahara Seri Maharaja telah mencadangkan supaya
Laksamana Tun Tuah diutus ke Siam untuk membeli empat ekor gajah jantan dan dua
ekor gajah betina. Laksamana mencadangkan supaya Hang Kasturi ikut serta dalam
rombongan tersebut.
Dalam perjalanan ke Siam, rombongan Melaka telah
singgah di Hujung Sawang, Patani. Di Pantai, Laksamana bersama rombongan sempat
membuat lawatan di sekitar bandar. Rombongan Melaka disambut dengan penuh adat
kebesaran kerajaan Siam oleh Oya Begelang. Manakala Syahbandar Siam menerangkan
cara-cara atau budaya mengadap Raja Siam, Phra Cau iaitu masuk seorang diri dan
tidak boleh membawa budak-budak dan merangkak sambil menyembah. Walau
bagaimanapun, Laksamana telah memberitahu bahawa dia mempunyai penyakit dan
tidak boleh merangkak. Phra Cau membenarkan Laksamana menghadap cara budaya
Melayu Melaka.
Laksamana Tun Tuah menyembahkan maksud utusan Raja
Melaka untuk membeli gajah. Phra Cau gembira dan bersetuju menjualkan gajah
yang diinginkan. Phra Cau menyuruh pendekar Jepun, Cin Cu bermain senjata
dengan Laksamana Hang Tuah sebagai pertunjukan dan Laksamana Tun Tuah berjaya
mengalahkan Cin Cu. Lalu pendekar 7 Jepun mengamuk dan ingin membunuh Phra Cau.
Phra Cau bejaya menyelamatkan diri. Pendekar 7 Jepun mengamuk di pasar. Lima
daripada tujuh pendekar Jepun itu berjaya dikalahkan oleh Laksamana Tun Tuah
dan dua lagi melarikan diri ke Kemboja. Atas kejayaan itu Phra Cau
menghadiahkan empat ekor gajah kepada Hang Tuah dan enam ekor gajah kepada Raja
Melaka.
Dalam perjalanan pulang, Laksamana Tun Tuah telah
disekat oleh pendekar Jepun dari Kemboja tetapi dapat dikalahkan oleh Laksamana
dan rombongan. Harta benda pendekar Jepun itu telah dirampas. Kepulangan
Laksaman Tun Tuah telah disambut dengan penuh adat kebesaran. Selepas itu Raja
Melaka telah menitahkan supaya Laksamana Tun Tuah mengiringi Raden Bajau ke
Bukit Siguntang Mahamiru untuk dirajakan di sana. Raden Emas Ayu telah
melahirkan puteri diberi nama Puteri Gunung Ledang. Tun Teja melahirkan Putera
diberi nama Sultan Mahmud. Beberapa lama kemudian Tun Teja melahirkan seorang
putera lagi dan diberi nama Sultan Muhammmad (Ahmad).
BAB 22 : RAJA
CULAN, SULTAN MAHMUD DAN SULTAN AHMAD
Bab ini menceritakan mengenai Raja Melaka yang
memerintahkan Tun Ratna Diraja dan Tun Maharaja Diraja pergi ke Sailan membeli
permata untuk pakaian puteranya, iaitu Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad. Ketika
itu, Hang Tuah yang tidak diutuskan sebagai utusan diperintahkan mencari
kawasan baru untuk dijadikan negeri bagi merajakan Sultan Ahmad. Hang Tuah
telah menjumpai kawasan tersebut di Gunung Linggi.
Manakala, putera Raja Sailan iaitu Raja Culan telah
datang ke Melaka untuk meminang puteri Raja Melaka, Puteri Gunung Ledang.
Berbagai-bagai peristiwa yang berlaku ke atas Raja Culan dan juga peristiwa
yang membabitkan Melaka. Di anataranya ialah anak Raja Sailan iaitu Raja Culan
menjumpai telur ayam dan dikendungnya. Telur ayam itu menetas semasa dalam
kendungannya. Ayam itu kemudian menjadi ayam jaguh yang tidak dapat dikalahkan
oleh ayam-ayam jaguh lain di Sailan. Selain itu, Raja Sailan telah menghantar
puteranya, Raja Culan ke Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Raja
Sailan telah berpesan kepada puteranya supaya menyembah Raja Melaka. Kedatangan
Raja Culan ke Melaka disambut oleh Bendahara paduka Raja, Hang Tuah, dan Patih
Kerma Wijaya dengan penuh adat kebesaran kerajaan Melaka. Hajat Raja Culan itu
disampaikan melalui Hang Tuah dan Bendahara Paduka Raja. Selepas itu, Raja
Culan ke Terengganu dan Patani.
Manakala, di Terengganu, Raja Culan berlabuh di
Pulau Kapas dan memberitahu Raja Terengganu kedatangnya adalah untuk menyabung
ayam jaguh dengan Raja Terengganu. Sebelum pertarungan ayam jaguh, Pak Si
Molong iaitu jurubasuh ayam Raja Terengganu mencadangkan supaya menukar ayam
dengan ayam Raja Culan. Selepas ditukar, berlakulah persabungan ayam antara
ayam Raja Terengganu dengan ayam Raja Culan yang telah ditukar itu. Dalam
sabungan tersebut, ayam Raja Terengganu telah mencungkil kedua-dua belah mata
Pak Si Molong dan akibatnya Pak Si Molong buta. Untuk menebus malunya, Raja
Terengganu memerintahkan supaya Pak Si Molong mencari ayam lain untuk
disabungkan dengan ayam Raja Culan. Dengan bantuan anaknya, Pak Si Molong
berjaya mendapat ayam yang baik yang dibeli daripada seorang perempuan. Raja
Terengganu, Pak Si Molong, dan anaknya ke Pulau Sakti untuk bersabung ayam
dengan Raja Culan. Pertaruhannya ialah Raja Terengganu akan menyerahkan sebelah
negeri Terengganu kepada Raja Culan apabila kalah, manakala Raja Culan pula
akan menyerahkan bahteranya serta isi kepada Raja Terengganu sekiranya ayamnya
kalah. Dalam sabungan, ayam Raja Terengganu telah mati, manakala ayam Raja Cula
pula terbang ke bahteranya sehingga telah menyebabkan bahteranya dan isiinya
tenggelam di laut. Kemudian, ayam Raja Culan tersebut terbang pula ke istana
Raja Terengganu dan telah menyebabkan istana tersebut terbakar selama 7 hari 7
malam. Akibatnya, negeri Terengganu menjadi huru-hara.
Berita malang mengenai Raja Culan sampai ke
pengetahuan Raja Melaka. Baginda merasa murka, lalu menitahkan Laksamana Hang
Tuah untuk menyerang negeri Terengganu. Terengganu dapat dikalahkan dengan
mudah dan terpaksa menghantar ufti setiap tahun ke negeri Melaka. Sementara
itu, Puteri Raja Terengganu iaitu Puteri Sekanda Jaya Leka telah dibawa ke
Melaka dan dikahwinkan dengan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud pula ditabalkan
sebagai raja di Lingga. Sultan Ahmad pula dikahwinkan dengan Megat Maksum,
iaitu anakanda Bendahara Terengganu. Sultan Ahmad pula dirajakan di Bentan.
BAB 23 :
INDERAPURA TUNDUK KE MELAKA
Negeri Inderapura telah diserang ikan todak. Raja
Inderapura memanggil Bendahara Seri Buana megahadap dan mengarahkan rakyatnya
berkotakan betis mereka. Ramailah rakyatnya yang mati dan berundur. Anak Hang
Jebat, Hang Kadim yang mengikut bendahara berdatang sembah.
“Baik juga kita
berkotakan batang pisang: cuba kalau-kalauditurut Allah Taala, bertambah daulat
Syah Alam.’ ( Halaman 503).
Baginda pun menitahkan rakyat berkubukan batang
pisang. Ikan todak banyak yang lekat pda batang pisang
habis mati.Maka raja memberi gelaran Orang Kaya Sang Setu kepada Hang
Kadim kerana bapanya Hang Jebat, orang derhaka.
Keadaan ini tidak disenangi oleh segala menteri dan
orang kaya-kaya dan mereka cuba mencari salah Hang Kadim. Mereka telah
mengadakan mesyuarat untuk memfitnahkan Sang Setu.
Tidak berapa lama Bendahara Seri Buana sakit dan
mati. Temenggung dan segala pegawai berasa suka kerana mereka hendak membunuh
Sang Setu. Temenggung pun mengahadap raja dnegan memfitah Sang Setu berkat-kata
dengan seorang perempuan di dalam istana iaitu Dang Setia.
Raja sangat murka dan menitahkan Sang Setu dibunuh.
SeteLah Sang Setu dibunuh, raja berasa menyesal dan tidak keluar ke penghadapan
selama tujuh hari. Hang Kamar. Orang Temeggung Seri Seroja ( Orang Melaka)
telah membawa baik berita kematian Bendahara dan Sang Setu ke pengetahuan raja
Melaka. Apabila raja Melaka mengkhabarkan kepada Tun Teja, Tun Teja sangat
marah.
Raja Melaka menitahkan Hang Tuah pergi berperang
dengan Inderapura dan membunuh rajanya. Setelah mendengar khabar Melaka akan
menyerang Inderapura. Raja Inderapura telah bermesyuarat dengan
pegawai-pegawainya. Temenggong meminta raja Inderapura menyerah kalah dan
dipersetujui oleh raja. Hang Tuah pun pulang dengan kemenangan da membawa
pembunuh Hang Kadim dengan asluruh kaum keluarga dan pengikut-pengikutnya ke
Melaka.
BAB 24 : HANG
TUAH JATUH SAKIT
Raja Melaka hendak pergi bertemasya ke Singapura.
Baginda memakai selengkapnya dan memakai mahkota paduka ayahanda di Bukit
Siguntang. Kedua-dua isterinya Tun Teja dan Raden Emas Ayu turut serta. Setelah
berdayung ke hilir dan sampai ke Selat Singapura, pengikut-pengikutnya
menyembahkan kepada raja Melaka bahawa terdapat ikan emas di bawah perahu.
Sewaktu banginda memandang ke bawah itu, mahkota
yang dipakainya jatuh ke dalam air. Hang Tuah terjun ke dalam laut lalu
menyelam dengan keris pandakanya yang terhunus. Dia bertemu dengan mahkota itu
tetapi sebaik sahaja menghampiri perahu, seekor buaya putih menyambar keris
pada tangan Hang Tuah. Hang Tuah bertarung dengan buaya putih itu menyebabkan
mahkota terlepas dari tangannya dan hilang. Kerisnya juga terlepas
dan hilang.Maka mereka pun pulang ke Melaka. Hang Tuah berasa amat
dukacita dengan kehilangan kerisnya. Raja telah menganugerahkan keris dari
Bukit Siguntang kepada Hang Tuah. Sejak kehilangan mahkotanya, raja Melaka
sering sakit. Begitu juga dengan Hang Tuah yang sering sakit-sakit dan
demam sejak kehilangan kerisnya.
Raja Portugal menyuruh orangnya menyerang Melaka.
Angkatan perang Feringgi tiba di Melaka untuk menyerang Melaka dengan empat
buah ghali. Sebuah ghali mengandungi lima ratus orang dan lima puluh meriam.
Feringgi diketuai oleh Dong Suala dan Gebernado. Sekumpulan sakai telah membawa
berita tersebut kepada Raja Melaka.
Raja Melaka berfirasat bahawa Melaka akan kalah
kerana Hang Tuah yang sakit tidak boleh mempertahankan Melaka. Baginda
memerintahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa menyuluh kekuatan angkatan
Feringgi itu.
Maharaja Setia dan Maharaja Dewa telah memanjarakan
Feringgi yang ditawan. Meskipun keadaan tidak sihat, Laksamana Hang Tuah masih
mahu menyertai peperangan dengan Feringgi. Hang Tuah berfirasat bahawa dia akan
terkena senjata pada hari itu tetapi tidak mati.
Hang Tuah telah dapat mengalahkan Feringgi tersebut.
Gebernado mati manakala Dong Suala luka. Teteapi Hang Tuah terjatuh dalam air
akibat bedilan namun tidak cedera. Setelah sembuh, Hang Tuah pergi mengadap
raja Melaka. Sejak itu Negara Melaka aman sentosa.
BAB 25 : HANG
TUAH DIUTUS KE TURKI I
Raja Melaka menitahkan Laksamana Hang Tuah, Maharaja
Setia dan Maharaja Dewa ke Benua Rom untuk membeli meriam bagi memperkukuhkan
pertahanan Kota Melaka.Dalam perjalanan ke Rom, rombongan Melaka
telah singgah di Bandar Acheh Darussalam.Lakasamana Hang Tuah berkenan
menghadap Sultan Salahuddin iaitu sultan yang memerintahkan Acheh pada masa
itu, serta diberikan layanan yang mesra selama 12 hari rombongan Melaka di
sana.Rombongan Melaka meneruskan perjalana ke Benua Rom dan telah singgah di
negeri Judah serta Makkah. Di Makkah, Hang Tuah telah bertemu dengan Nabi
Khidir yang telah memberinya sebuah cembul yang mempunyai kuasa hikmat.
Laksamana Tun Tuah juga mengerjakan haji serta melawat kubur nabi, kubur Sayidina
Hamzah di kaki bukit Jabal Uhud.Kemudian, rombongan Melaka berlepas
ke Mesir.Di Mesir, rombongan Melaka dapat menyaksikan kebesaran serta
kekuatan Sungai Nil, iaitu tempat Nabi Yusuf dibuang. Rombongan Melaka juga
mendapat layanan mesra Syahbandar Mesir kerana sikap rendah diri Laksamana Tun
Tuah. Laksamana Tun Tuah juga berjaya membeli beberapa bedil di Mesir
sebelum bertolak ke Benua Rom.
BAB 26 : HANG
TUAH DIUTUS KE TURKI II
Rombongan Hang Tuah tiba di Rom dan disambut oeh
Syahbandar Rom. Laksamana Hang Tuah juga berkenalan dengan seorang saudagar Rom
yang kaya, iaitu Ibrahim Kakan. Ibrahim Kakan telah memperkenalkan banyak
tempat yang menarik di Benua Rom kepada rombongan Melaka. Akhirnya setelah
melalui berbagai-bagai kesukaran, rombongan Melaka dibenarkan menhadap Raja
Benua Rom. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat melihat wajah Raja Rom dengan
jelas kerana baginda duduk di dalam kelambu jala-jala emas. Setelah berjaya
membeli meriam dan bedil, rombongan Melaka pun belayar pulang ke Melaka dengan
selamatnya.
Antara catatan peristiwanya ialah :
Rombongan Laksamana Hang Tuah tiba di Rom. Ibrahim
Kakan meriwayatkan kebesaran Raja dan negara Rom dari pagi hingga petang. Laksamana
Tun Tuah berhasrat menghadap Raja Rom kerana utusan sebelum ini hanya
dibenarkan menghadap menteri empat. Bendahara Mangkubumi menghadapkan maksud
kedatangan utusan Melaka ke hadapan Raja Rom. Raja Rom hanya memperkenakan
bingkis utusan Melaka diarak masuk. Raja Rom hanya memperkenakan hadiah bedil
seratus kali ganda daripada yang dikehendaki Raja Melaka dan menitahkan
Bendahara Mangkabumi menjaga dan menjamu utusan Melaka. Lakasamana Tun Tuah
kesal kerana selama 6 bulan di Rom, belum sekalipun dapat menghadap Raja Rom. Lakasamana
Tun Tuah berkata kepada Bendahara Mangkabumi bahawa telah menjadi adat Melayu
setiap utusan hendaklah beroleh menghadap Raja Negara yang dikunjungi dan
membuat helah bahawa dia pernah diterima mengahadap Raja Mekah, Raja Madinah,
Raja Habsyah, Raja Wolanda dan Raja Feringgi. Bendahara Mangkabumi bersetuju
mengahadapkan hasrat Laksamana Tun Tuah ke hadapan Raja Rom. Raja Rom
memperkenan hasrat Laksamana Tun Tuah untuk menghadap baginda. Raja Rom
menitahkan Bendahara Mankabumi mengarang surat untuk raja Melaka dan
menghadiahkan bedil semuat-muat semua kapal utusan Melaka. Raja Rom
menghadiahkan kopiah emas dan serban ke hadapan Raja Melaka sebagai tanda
tubuh. Raja Melaka gembira mendengar riwayat kejayaan pelayaran Laksamana Tun
Tuah.
BAB 27 : HANG
TUAH BERSARA, RAJA MELAKA TURUN TAKHTA
Bab
ini menceritakan tentang Raja Melaka turun daripada takhta kerajaan dan
menyerahkan pemerintahan kepada puterinya, iaitu Puteri Gunung Ledang. Manakala
Laksamana Hang Tuah, Bendahara Paduka Raja dan Temenggong Sarwa Raja
masing-masing meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan-jawatan itu kepada
anak-anak mereka. Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku dalam masa Raja
Melaka turun daipada takhta dan Hang Tuah serta Bendahara Paduka Raja dan
Temenggong Sarwa meletak jawatan.
Raja Melaka bersara dan anakanda baginda, Puteri Gunung Ledang mewarisi teraju kerajaan Melaka. Negeri Melaka pula dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan peperangan di perskitarannya. Raja Melaka menawarkan harta benda yang banyak kepada sesiapa yang sanggup ditanam hidup-hidup dalam kubur. Tujuan baginda adalah untuk mengetahui kehidupan selepas mati. Laksamana menawarkan diri dan berjaya kembali semula ke dunia dengan maklumat-maklumat yang berguna. Selepas kejadian ini, Raja Melaka merasa insaf dan menderma banyak harta benda baginda kepada rakyat jelata. Baginda juga mengembara kemerata-rata tempat. Pada masa yang sama, Bendahara Paduka Raja, Temenggong serta Laksamana Hang Tuah turut bersara. Bendahara Paduka Raja menetap di Tanjung Keling, Temenggong pula di Tanjung Tuan manakala Laksamana Hang Tuah di Bukit Jugra.
BAB 28 :
KERAJAAN MELAKA JATUH
Bab
ini menceritakan kejatuhan Melaka kepada Feringgi (Portugis). Dengan kejatuhan
Melaka kepada Feringgi ini menyebabkan kesultanan Melayu Melaka tamat. Dengan
kata lain jurai pemerintahan keturunan Bukit Siguntang Mahabiru di Melaka
tamat. Terdapat beberapa peristiwa penting yang membawa kepada jatuhnya
kerajaan Melaka kepada Feringgi (Portugis).
Sekali lagi, saudagar-saudagar Feringgi datang untuk
menjalankan perniagaan di Melaka. Kali ini, mereka telah berjaya membeli sebIdang
tanah di Melaka yang dikatakan sebuah gedung. Secara diam-diam, orang Feringgi
telah melengkapkan kawasan tersebut dengan pelbagai kelengkapan peperangan. Tidak
lama kemudian, orang Feringgi pun berjaya menakluki Melaka. Puteri Gunung Ledang
terpaksa melarikan diri ke negeri Perak dan dirajakan di sana. Bendahara Tun
Mat, Temenggong Tun Karim dan Laksamana Tun Nadim serta rakyat Melaka telah
melarikan diri ke Johor. Sultan Ahmad iaitu pemerintah Bentan pula memerintahkan
Bendahara Tun Mat membuat sebuah negeri dan menamakan negeri tersebut Johor
Darul Alam. Tentera pihak Wolanda (Belanda) telah berjaya merebut kembali
Melaka daripada cengkaman pihk Feringgi dengan bantuan orang-orang Melayu
Johor. Hang Tuah dikatakan masih hidup dan dikatakan pernah dijumpai di hulu
Sungai Perak. Walau bagaimanapun, sama ada hidup atau mati, berita Hnag Tuah
tidak kedengaran lagi.
sumber :
http://tunassasterahangtuah.wordpress.com/
http://smsohhtb3.blogspot.com/
minta kebenaran untuk salin dan tampal..For final exam...
ReplyDeleteassalammualaikum.
ReplyDeletesaya pelajar daripada UPSI. izinkan saya copy and paste sinopsis ini untuk peperiksaan akhir.
assalamualaikum.. izinkan sy copy.. utk bahan pembacaan...
ReplyDeleteJawa indon ni memang sial....
ReplyDeleteKita lihat nkri...'seluruh indo dijajah oleh jawa...
Sukarno menjadi kepala perompak dlm menjajah kepulauan di indonesia supaya berada dibawah jakarta..
Mereka cuba menjajah m'sia tetapi tidak berjaya....
salam sejahtera. Izinkan saya copy untuk bahan bacaan final exam. terima kasih.
ReplyDeletemaaf.minta kebenaran untuk copy bahan ini untuk membaca dan memahaminya bagi subjek saya.
ReplyDeletenak copy
ReplyDeleteMaafkan saya tetapi izin saya untuk copy paste bahan ini. Terima kasih
ReplyDeleteSalam, minta izin nak copy paste untuk assignment :) tk
ReplyDeletesalam, izinkan saya salin dan tampal
ReplyDeletemaafkan saya izinkan saya untuk salin dan tampal maklumat dalam ini
ReplyDeleteIZINKAN SAYA YA
ReplyDeleteSalam, minta izin buat salinan untuk audiobook research. Terima kasih
ReplyDeleteAssalamualikum. Mohon keizinan utk copy & paste Bab 7 dan Bab 17 utk membantu para pelajar memahami jalan cerita Hikayat Hang Tuah yang dikaji dalam semester 1 STPM.
ReplyDeleteizin lekku mo minta copy dan paste bahan buat presentasi mulok ya lek awaak kalo gak retak ginjal bapak kau
ReplyDeleteasslamualaikum dan salam sejahtera, saya mohon keizinan untuk salin sebagai bahan bacaan ini, sekian terima kasih
ReplyDeletesalam..mohon keizinan untuk copy dan paste sebagai tujuan rujukan untuk menghadapi peperiksaan akhir..
ReplyDeleteSALAM... minta izin untuk copy dan paste sebagai bahan rujukan
ReplyDelete