SELAMAT DATANG


counter

Friday, 25 April 2014

SINOPSIS SULALATUS SALATIN ( SEJARAH MELAYU)


BAB 1

Raja Iskandar Zul-Karnain dari Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi. Raja Kida Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain. Kemudian Raja Iskandar Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.

Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluknya. Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke China dan telah berjaya menewaskan Raja Gangga Syah Johan dan baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga. Setelah itu, Raja Suran sampai di negeri Langgiu dan baginda telah menewaskan Raja Chulan. Raja Suran kemudiannya mengahwini pula Puteri Onang Kiu.

Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang China telah membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi, pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China. Raja Suran turun ke laut dan apabila sampai di bumi Dika maka baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak Raja Aktabu'l-Ard. Raja Suran dikurniakan tiga orang anak dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dan telah mewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar anak-anaknya ke dunia apabila dewasa. Setelah itu, maka Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda semberani jantan.


BAB 2

Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita telah dewasa dan dihantar ke dunia dengan menaiki lembu putih. Anak-anak Raja Suran telah muncul di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan menyebabkan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas, daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa. Daripada peristiwa itu, telah terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan anak-anak Raja Suran. Lembu putih yang dinaiki oleh anak-anak Raja Suran telah memuntahkan buih lalu keluarlah seorang lelaki yang diberi nama Batala.

Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura manakala Nila Utama ditabalkan menjadi raja di Palembang. Nila Utama atau Seri Teri Buana ingin mengahwini Raden Ratna Cendera Puri tetapi ayahnya Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan di antara raja dengan rakyat. Maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin serta didapati bahawa isterinya itu tidak kedal (penyakit gatal-gatal).

Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat. Seri Teri Buana kemudian berburu di Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan dan Seri: Teri Buana terlihat satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu. Walau bagaimanapun, kenaikan(bahtera) Seri Teri Buana dipukul ribut dalam perjalanan ke Temasek dan ribut itu reda setelah baginda meletakkan mahkotanya di air. Setelah itu, Seri Teri Buana telah membuka negeri di Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri Beni.


BAB 3

Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua Keling untuk meminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja Kecil Besar. Setelah Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira. Paduka Seri Pikrama Wira pula melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara, Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.
Dalam pada itu, Betara Majapahit telah menghantar utusan ke Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang". Setelah utusan itu tiba, Paduka Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan mencukur kepala seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit. Hal ini mengakibatkan terjadinya peperangan di antara Singapura dan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah. Kemangkatan Paduka Seri Pikrama Wira menyebabkan Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan gelaran Rakna Wikrama.

Antara lainnya, Badang telah menahan lukah tetapi ikannya dimakan oleh hantu.  Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu itu telah meminta Badang untuk melepaskannya dan segala permintaan Badang akan ditunaikan. Oleh hal yang demikian, Badang telah meminta kekuatan dan tetapi Badang perlu memakan muntah hantu itu. Badang telah menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya. Badang turut berjaya mengalahkan pahlawan dari benua Keling bernama Nadi Bija Niakra dan hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.

Setelah Seri Rakna Wikrama mangkat, takhta baginda digantikan oleh anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.

Merah Silu menahan lukah dan berasa hairan kerana selalu mendapat cacing gelang-gelang. Apabila direbus, cacing gelang-gelang tersebut bertukar menjadi emas. Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah Silu telah melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang dilihatnya. Merah Silu telah bermimpi bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad yang datang ke Semundra.

Fakir Muhammad telah mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan Perlak serta berjumpa Merah Silu di pantai lalu mengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh telah dikurniakan dua orang putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur. Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai dan Sidi Ali Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.

Ketika Sultan Maliku's-Salleh gering, baginda telah mewasiatkan kepada anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan Maliku'l-Mansur. Dalam pada itu, Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja Syahru'n-Nuwi.  Sidi Ali Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untuk membebaskan raja Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din turut berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan membuat tipu muslihat. Oleh itu, beliau telah memberikan hadiah yang bernilai kepada raja Syahru'n-Nuwi sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan lalu Sidi Ali Ghiathu'd-Din memohon raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan oleh baginda. Setelah itu Raja Pasai dibawa pulang. Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.

Sultan Maliku'l-Mansur telah mengambil dayang Sultan Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha untuk menangkapnya. Oleh hal yang demikian, Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat dan berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur manakala Sidi Asma Yaumi'd-Din telah dipenggal lehernya dan kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Maliku'l-Mansur dibawa berperahu ke Manjung. Sultan Maliku'l-Mansur telah terjumpa kepala Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di Padang Maya.

Kemudian, Sultan Maliku't-Tahir telah menjemput Sultan Maliku'l-Mansur pulang kerana baginda amat menyesal bermusuh-musuhan dengan saudara sendiri. Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur Sidi Asma Yaumi'd-Din.


BAB 4

Tuan Jana Khatib dari Pasai berkunjung ke Singapura. Apabila beliau lalu berhampiran istana raja, beliau telah menilik batang pinang sehingga terbelah dua. Oleh itu, Paduka Seri Maharaja murka akan Tuan Jana Khatib dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian serta ilmunya itu di hadapan isteri baginda lalu Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke Langkawi.

Oleh hal yang demikian, ikan todak telah menyerang Singapura dan ramai rakyat terkorban. Seorang budak lelaki telah mencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan serangan todak dan gagasannya menghasilkan kejayaan. Walau bagaimanapun, budak itu dibunuh kerana disangkakan akan melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti. Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan oleh Raja Iskandar Syah.

Antara lainnya, anak Sang Rajuna Tapa telah difitnah berbuat jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa berasa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia membantu Majapahit. Peperangan berlaku dan Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit lalu Raja Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri telah bertukar menjadi batu.

Kemudian Raja Iskandar Syah berjaya menemui beberapa tempat seperti Biawak Busuk dan Kota Buruk. Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan suatu peristiwa iaitu seekor pelanduk putih telah menendang anjing perburuannya.  Peristiwa itu dilihat baginda sewaktu berehat di bawah pokok Melaka. Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar selepas kemangkatan Raden Tengah. Kedatangan Syed Abdul Aziz ke Melaka telah mengislamkan penduduk Melaka.

Sultan Muhammad Syah telah menetapkan satu adat kepada rakyat untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka. Dalam pada itu, Mani Purindan telah ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin dengan Tun Ratna Sandari lalu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun Ratna Wati dan dikurniakan seorang anak iaitu Raja Kassim. Kemudian Sultan Muhammad Syah turut berkahwin dengan anak raja Rekan, serta dikurniakan seorang anak iaitu Raja Ibrahim. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja Ibrahim diangkat menjadi sultan dengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara Raja Kassim diusir daripada istana.

Raja Kassim kemudian menyamar sebagai nelayan dan bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan Abu Syahid terbunuh. Raja Kassim telah ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah dan Bendahara Seri Wak Raja telah membunuh diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya. Oleh yang demikian, Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi Bendahara, manakala Tun Perak iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di Kelang.


BAB 5

 Sultan Muzaffar Syah telah mengumpulkan rakyat menghadapi serangan Siam. Tun Perak turut membawa angkatan dari Kelang bersama anak isteri mereka sekali. Manakala Awi Cakri pula telah menyerang Melaka tetapi beliau tidak dapat menewaskan Melaka. Setelah itu, Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka sehingga dilantik menjadi menteri.  Rakyat Melaka berpecah belah, satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada Tun Perak dan hal ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.

Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara Diraja. Hal ini bertujuan untuk mendamaikan Melaka. Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja manakala Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang jawatan Penghulu Bendahari. 

Siam telah menyerang Melaka buat kali kedua di bawah pimpinan Awi Dicu. Tun Perak kemudian meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di tepi pantai menyebabkan Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam manakal Tuan Saidi Arab telah memanah Cau Panden dari  Melaka dan Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan takhtanya digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara dan pembesar-pembesar Melaka menyerang InderaPura.

Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa Sura telah ditangkap dan puteri baginda iaitu Onang Sari dibawa ke Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah. Setelah itu, Sultan Mansur Syah berkeinginan untuk bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta  Tun Telanai dititahkan ke Siam. Orang tua yang menjadi utusan daripada Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya sehingga mengagumkan raja Siam manakala Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.


BAB 6

Seorang penyadap telah menjumpai seorang budak yang hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya. Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih suami agar dapat menjadi Betara Majapahit. Dalam pada itu, penyadap  turut membayangkan bahawa Ki Mas Jaya akan menjadi Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi. Pada hari pemilihan calon suami, maka Puteri Raden Galoh Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.

Oleh hal itu, penyadap  mula menagih janjinya dengan Sang Aji Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai Patih Aria Gajah Mada dan satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.

Sultan  Mansur Syah ingin meminang Puteri Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri Raden Galoh Awi Kesuma. Rombongan Melaka telah sampai ke Majapahit dan dapat menunjukkan kepandaiannya. Tun  Bija Sura turut dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari "sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat berhampiran utusan Melaka. Akhirnya, Sultan Mansur Syah berjaya berkahwin dengan Raden Galuh Cendera Kirana.

Antara lain, kuda Sultan telah jatuh ke dalam telaga tahi dan diselamatkan oleh Hang Tuah. Hang Tuah turut difitnah bermukah dengan dayang raja sehingga Sultan menitahkan Hang  Tuah dijatuhkan hukuman bunuh. Walau bagaimanapun, Seri Nara Diraja telah menyembunyikan Hang Tuah di sebuah dusun.

Dalam pada itu, orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih dapat melihat wajah raja China setelah makan sayur kangkung yang dibelah tetapi tidak dikerat. Puteri Hang Liu pula telah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera menghantar sembah baginda kepada raja China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah China. Di samping itu, Raja China telah mendapat sakit kedal dan setelah disembah oleh Sultan Mansur Syah maka ubatnya ialah air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja Melaka.


BAB 7

Hang Jebat mengamuk di istana Melaka kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah. Sultan Mansur Syah terkenang akan Hang Tuah kerana tidak ada sesiapa yang berjaya serta mampu menewaskan Hang Jebat. Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja menjelaskan kepada raja bahawa Hang Tuah masih hidup dan Hang Tuah dibawa pulang. Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya membunuh Hang Jebat. Hasil kejayaan itu, Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah.

Sultan Mansur Syah telah berpindah istana tetapi istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan. Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar membuat istana baru dan istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat. Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar Bendahara Paduka Raja untuk menjaga anak-anaknya dan Bendahara Paduka Raja terlihat suatu Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir. Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghulu Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.

Dalam pada itu, Melaka kemudian menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala Khoja Baba dapat membunuh Tun Demang, mangkubumi Kampar. Seterusnya, Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala Megat Kudu, anak Maharaja Parameswara berjaya ditawan. Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan anak baginda, Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan gelaran Sultan Ibrahim.

Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas dendam tetapi ditegah oleh Bendahara. Oleh sebab itu, maka Sultan Mansur Syah telah merajakan Raja Muhammad di Pahang memandangkan tiada yang  menyembah Raja Muhammad di Melaka.

Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki untuk merompak dan mencari perempuan di Ujung Tanah. Semerluki telah merosakkan jajahan Melaka dan diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh laksamana menghalang Semerluki. Maka orang-orang Melaka berperang dengan tentera Semerluki dan ramai orang Melaka terbunuh. Walau bagaimanapun, laksamana berjaya menewaskan Semerluki.

Dalam pada itu, Maulana Abu Bakar membawa kitab Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka berguru dengan Maulana Abu Bakar sebelum itu kitab itu dirujuk dan diterjemahkan di Pasai. Sultan Mansur Syah turut menyuruh Tun Bija Wangsa ke Pasai bagi merujuk masalah agama serta masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.


BAB 8

Suatu hari, Raja Cempa menjumpai seorang budak di dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah Raja Cempa mangkat, Pau Gelang telah dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau Gelang pula berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah. Pau Kubah telah tewas berperang dengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja Cempa lari ke Melaka.

Sultan Zainal Abidin dari Pasai telah melarikan diri ke Melaka selepas adindanya merampas takhtanya. Orang-orang Melaka membantu Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki takhta semula. Walau bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja lalu pulang ke Melaka dengan rasa kecewa. Dalam pada itu, laksamana telah mengajak Bendahara merajakan semula Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan.  Sultan Mansur Syah murka akan Bendahara tambahan lagi Laksamana mula memburuk-burukkan Bendahara ketika di Pasai. Hal ini berbeza kerana Bendahara memuji-muji Laksamana ketika di Pasai dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah dan pergi berjumpa Bendahara untuk memohon maaf.

Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka. Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.  Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau'd Din Riayat Syah. Sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, Melaka telah diancam oleh pencuri sehingga baginda bertindak menyamar diri untuk membanteras pencuri-pencuri tersebut. Temenggung Seri Maharaja turut bertindak keras dengan mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.  Sultan Alau'd-Din Riayat Syah melaksanakan undang-undang terhadap pencuri. Kesalahan mencuri akan dikudungkan tangan manakala di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk diletakkan harta kecurian yang dijumpai.

Raja Pahlawan dari Haru telah mengamuk di Pasai setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati. Oleh hal itu, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menitahkan pahlawan Melaka untuk menghalang orang-orang Haru. Pertempuran hebat telah berlaku antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru. Walau bagaimanapun, telah berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.

Antara lain, Raja Maluku dan Telanai Terengganu telah datang ke Melaka. Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad iaitu Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah telah mendapat tahu berkaitan perkara itu lalu menitahkan pahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang. Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan masalah itu dan Laksamana Hang Tuah ke Pahang serta menyuruh orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja. Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu telah berlaku biadap.


BAB 9

Tun Jana Pakibul telah membunuh orang di Siak atas arahan Sultan Ibrahim dan tidak memberitahu ke Melaka lalu Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka. Sultan  Alaud'Din Riayat Syah jatuh gering dan baginda memberi wasiat kepada pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau kerana beliau masih kecil. Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.

Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh, Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak menggunakannya. Tiba masanya Bendahara Paduka Raja jatuh sakit dan beliau memberi wasiat kepada anak cucunya serta kepada Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar baginda tidak mengikut nafsu dan tidak mendengar fitnah. Apabila Bendahara Paduka Raja meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.

Suatu hari, Sultan Mahmud Syah telah mengganggu isteri Tun Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid. Sultan  Mahmud Syah turut mengganggu Tun Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Disebabkan hal itu, Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud kerana lambat datang pada hari raya. Sultan Mahmud turut menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong manakala Seri Maharaja menyerang Kelantan dan kedua-dua serangan itu berhasil memperoleh kejayaan.


BAB 10

Bendahara Putih mati dan digantikan oleh Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih beliau menjadi Bendahara. Manakala kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja menafikannya.

Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan Mahmud telah menitahkan agar dipinangkan Puteri Gunung Ledang. Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia berangkat ke Gunung Ledang. Tun Mamad telah berjumpa dengan Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya ke Gunung Ledang itu lalu seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, maka Sultan Mahmud membatalkan niat baginda meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak sanggup menumpahkan darah anakanda baginda.

Orang-orang Melaka pula telah menjadikan orang Inderagiri di Melaka sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan Nara Singa pulang ke Inderagiri. Dalam pada itu, Hang Nadim telah diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi. Hang Nadim kemudian pulang ke Melaka tetapi kapal yang dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang wali. Oleh hal itu, Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak membawa balik kain yang diingini baginda.

Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana Khoja Hassan.


BAB 11

Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda. Mendengar perkhabaran itu, Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah. Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang dengan Sultan Abdul Jamal.

Hang Nadim ditiahkan ke Pahang untuk membawa pulang Tun Teja ke Melaka.  Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan seorang perempuan tua tukang urut dan Hang Nadim turut berjaya mengalahkan serangan Pahang di laut. Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka dengan gajah Ai Kening. Walau bagaimanapun, Laksamana Khoja Hassan ke Pahang serta melarikan gajah Ai Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang yang menyerangnya di laut.

Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah. Oleh hal itu, Raja Zainal iaitu adinda kepada Sultan Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis dan perempuan di Melaka. Maka Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat.   Setelah Hang Berkat digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna.  Sang Sura ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.


BAB 12

Raja Legor ingin menyerang Pahang atas arahan raja Siam. Oleh hal yang demikian, maka Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang untuk membantu Pahang. Orang-orang Melaka telah menyiapkan kubu pertahanan di Pahang.  Terjadi peperangan antara orang Legor dengan Pahang walau bagaiamanapun, Pahang tidak dapat ditewaskan.
Antara lain, Tun Perpatih Hitam dan Tun Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara dan Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai Petani dan menjadi raja di sana.  Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di Melaka. Maka Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat. Dalam pada itu, kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka. Peringgi telah menyerang Melaka di bawah pimpinan Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.

Suatu hari, Maulana Sadar Jahan datang ke Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi  beliau yang susah untuk menyebut perkataan-perkataan dalam bahasa Arab. Selain itu, Sultan Mahmud turut menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke Pasai untuk merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun Hassan.


BAB 13

Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan Mahmud. Oleh yang deemikian, maka Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali. Hal ini mengakibatkan Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara setelah baginda dapat melihat kecantikan Tun Fatimah.

Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau. Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka. Oleh sebab itu, Nina Sura Dewana dan Raja Mendaliar bertelagah serta meminta Bendahara menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah petang. Nina Sura Dewana telah memberi hadiah kepada Bendahara Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.

Si Kitul dengan pantas memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura Dewana memberi emas kepada Bendahara supaya Bendahara membunuh Raja Mendaliar. Oleh itu, maka Raja Mendeliar turut memberi hadiah kepada Laksamana Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendahara Seri Maharaja ingin menderhaka lalu Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda memang telah berdendam dengan Bendahara kerana  Tun Fatimah.

Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali dibunuh oleh Sultan Mahmud manakala Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun sudah tua dan uzur. Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah beliau sanggup menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud. Akhirnya, Sultan Mahmud turun dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih kasih.


BAB 14

Peringgi mula amenyerang Melaka di bawah pimpinan Alfonso d'Albuquerque tetapi serangan kali pertama Peringgi ke atas Melaka gagal. Orang-orang Melaka telah membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana mereka tahu bahawa Peringgi akan menyerang lagi. Berlaku pertempuran hebat antara tentera Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan. Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud akhirnya melarikan diri hingga ke Pahang.

Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana baginda tidak menghormati pembesar-pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar. Dalam pada itu, Tun Fatimah melahirkan seorang anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah.
Kemudian, Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa berundur hingga ke Kampar.


BAB 15

Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan Kampar menuju ke Pahang serta berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak Sultan Mansur Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah telah membuka sebuah negeri di Kuala Johor. Manakala Raja Omar iaitu cucu Sultan Mansur Syah di Pahang berkahwin telah dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.

Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama Seluyut. Raja Omar telah menceraikan isteri pertamanya setelah Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur. Setelah kemangkatan Sultan Muzaffar, baginda digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Syah kemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah. Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.

Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah. Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke negeri di Pasir Raja.

86 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ni sinopsis aje atau seluruh isi buku?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. nak salin.. saya student sastera.. sangat perlukan nota ni

      Delete
  4. Assalamualaikum. Boleh saya salin dan tampal? Terima kasih

    ReplyDelete
  5. salam sejahtera. nak minta kebenaran untuk copy paste ? boleh ?

    ReplyDelete
  6. boleh saya ambil info kat atas?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum, saya nak salin .

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum.saya nak minta izin kepada tuan blog untuk menyalin text di atas

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.saya nak minta izin kepada tuan blog untuk menyalin text di atas

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. salam , saya nak mintak izin copy sinopsis ..

    ReplyDelete
  12. salam, saya nak copy paste sinopsis sulalatus salatin

    ReplyDelete
  13. salam,saya nak copy sinopsis ni please

    ReplyDelete
  14. salam . saya nak minta copy sinopsis ni

    ReplyDelete
  15. Salam, saya nk mintak copy sinopsis ni :)

    ReplyDelete
  16. assalam. maaf izinkan saya copy sinopsis ini ye

    ReplyDelete
  17. assalam, saya minta izin mahu copy

    ReplyDelete
  18. saya minta izin untuk salin

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum , izinkan saya untuk copy . saya pelajar sastera . terima kasih .

    ReplyDelete
  20. assalammualikum. Izinkan saa untuk copy supaa pnp saya lebih sempurna

    ReplyDelete
  21. Assalamu alaikum wr.wb. Mohon izin untuk copy ya

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum,boleh saya copy sinopsis ni sbb nak guna untuk exam sem 2 dan sem 3

    ReplyDelete
  23. assalam..mohon copy untuk buat rujukan..

    ReplyDelete
  24. ASSALAM mohon copy untuk dibuat rujukan boleh?

    ReplyDelete
  25. as salams, mohon kebenaran untuk menyalin hasil tuan ini, terima kasih

    ReplyDelete
  26. Salam, mohon copy untuk dijadikan rujukan?

    ReplyDelete
  27. Izin salin jadi tugas resensi saya.
    Sebelumnya terima kasih banyak atas penulisan sinopsis buku ini.
    Sangat bermanfaat 👍

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum saya nak copy boleh?

    ReplyDelete
  29. bagus nye ada orang buat nota seperti ini.Saya sebagai pelajar yang mengambil sastera sangat terharu kerana mereka ini akn dimurahkan reszekinya oleh Allah kerana membantu mereka yang memerlukan. Saya ingin memohon jasa baik tuan untuk menyalin nota ini untuk saya gunakan pada tahun hadapan. terima kasih kerana membantu

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum,nak copy boleh x?nak buat keje sekolah ni

    ReplyDelete
  31. saya nak guna utuk sem 2&3.thank you

    ReplyDelete
  32. assalam....saya nak minta izin nak copy sinopsis nak buat kerja sekolah saya..boleh tak?

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum saya nak mintak izin untuk copy and paste boleh?

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum saya nak minta izin untuk salin nota sinopsis sulalatus salatin boleh

    ReplyDelete
  35. saya minta izin copy ya :)
    nota sinopsis ini amat membantu saya untuk memahami teks

    ReplyDelete
  36. saya nak minta izin copy.. how ? saya banyak ketinggalan untuk faham teks ni..

    ReplyDelete
  37. boleh saya copypaste sinopsis ini ?

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. boleh saya copy sinopsis ni?

    ReplyDelete
  40. assalamualaikum,maaf boleh saya salin?

    ReplyDelete
  41. sy mintak izin untuk salin ye

    ReplyDelete
  42. minta kebenaran nak copy beberapa bab.

    ReplyDelete
  43. Maafkan saya , boleh izinkan saya salin ?

    ReplyDelete
  44. maafkan saya, saya mohon izin untuk salin sinopsis beberapa bab ya?

    ReplyDelete
  45. MINTA IZIN UNTUK SALIN TUJUAN RUJUKAN

    ReplyDelete
  46. betul ke atau rekaan tun sri lanang semata2..

    ReplyDelete
  47. saya nk minta izin untuk copy bole?

    ReplyDelete
  48. salam..Boleh saya salin dan tampal?

    ReplyDelete
  49. salam..Boleh saya salin dan tampal?

    ReplyDelete
  50. Saya mahu salin saya pelajar sastera

    ReplyDelete
  51. assalam tuan, saya minta izin salin dan tampal.

    ReplyDelete
  52. Assalam tuan saye mahu salin dan tampal

    ReplyDelete
  53. salam. nak minta izin ambik info ini. tq

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum, Tuan saya minta izin untuk salin dan tampal. Terima kasih.

    ReplyDelete
  55. ASSALAMUALAIKUM TUAN, SYA MINTA INZIN UTK SALIN BOLEH? terima kasih..

    ReplyDelete
  56. maaf. saya minta izin untuk salin. boleh?

    ReplyDelete
  57. assalam, saya minta izin untuk salin boleh?

    ReplyDelete
  58. ASSALAMMUALAIKUM..IZINKAN SAYA SALIN SINOPSIS INI YA.

    ReplyDelete
  59. assalamualaikum, saya minta izin untuk copy paste nota ini sebagai rujukan saya ya, boleh. terima kasih.

    ReplyDelete
  60. Slm..izinkan sy ambil sbg rujukan ya.

    ReplyDelete
  61. Salam... izinkan saya salin untuk rujukan.

    ReplyDelete